Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekalan Petroleum Malaysia Mencukupi Sehingga Mei - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa bekalan produk petroleum Malaysia mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei.
"Itu dalam keadaan yang sangat membanggakan. Alhamdulillah kerana bila kita semak dengan Petronas terutamanya, kita dapati bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.
"Ini tentunya berbeza daripada keadaan di kebanyakan negara lain," katanya.
Menurutnya, disebabkan itu beliau sering menekankan tentang isu tatakelola, pengurusan yang baik, cekap, beramanah dan profesional.
Ujarnya lagi, harga Budi95 dikekalkan RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi.
Harga tersebut berkali ganda lebih rendah berbanding negara-negara jiran.