Bekas Ketua Program Angkasa Israel, Haim Eshed mendakwa bahawa alien sebenarnya wujud dan sudah berhubung secara rahsia antara pihak Amerika dan Israel.
Dalam satu temubual, Eshed memberitahu bahawa alien tersebut merupakan sebahagian daripada ‘Galactic Federation’ dan telah membuat hubungan dengan pemerintah Israel serta AS sejak bertahun-tahun dulu.
Menurutnya lagi, Presiden Donald Trump dikatakan mengetahui keberadaan alien itu dan hampir membongkarkan kewujudan mereka. Walau bagaimanapun, mereka dikatakan mencegah Trump bagi mengelakkan panik.
“Kelompok alien ini merasa manusia harus berevolusi untuk mencapai tahap di mana mereka bisa memahami apa itu alien dan pesawat luar angkasa.”
“Jika saya mengatakan apa yang saya bicarakan saat ini lima tahun yang lalu, saya akan dibawa ke rumah sakit,” kata Eshed.

Sumber : Daily Mail