Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Naib Presiden AS Paling Berpengaruh, Dick Cheney Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
Dick Cheney AS Meninggal
Gambar: AFP

Bekas Naib Presiden AS Paling Berpengaruh, Dick Cheney Meninggal Dunia

WASHINGTON — Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) paling berpengaruh, Dick Cheney dilaporkan meninggal dunia pada usia 84 tahun, lapor CNN News.

Menurut kenyataan keluarga, Cheney menghembuskan nafas terakhir pada Isnin malam akibat komplikasi radang paru-paru serta penyakit jantung dan saluran darah.

Mendiang dikenali sebagai tokoh utama disebalik pencerobohan AS ke atas Iraq dan sebagai salah seorang naib presiden paling berkuasa dalam sejarah negara itu.

Untuk makluman, mendiang memegang jawatan sebagai naib presiden ke-46 dari tahun 2001 hingga 2009.

Selama berkhidmat bersama Presiden Parti Republikan George W. Bush, beliau merupakan individu yang lantang memberi amaran mengenai dakwaan simpanan senjata pemusnah besar-besaran Iraq dan konflik Afghanistan.

Ringkasan Biodata Cheney

Dick Cheney atau nama sebenarnya Richard Bruce Cheney dilahirkan pada 30 Januari 1941 di Lincoln, Nebraska.

Mendiang membesar di bandar kecil pergunungan Casper, Wyoming dan bertemu kekasih yang juga isterinya Lynne Vincent sejak di peringkat sekolah menengah.

Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan sains politik di Universiti Wyoming sebelum berkahwin pada tahun 1964.

Cheney meninggalkan isterinya, Lynne, dua anak perempuannya Liz dan Mary Cheney, serta tujuh orang cucu.

Sumber: CNN News

BACA: PM Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G-Dragon

BACA: EAIC Tubuh Pasukan Petugas Khas Siasat Isu FAM-FIFA