Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Pengarah Urusan Syarikat Perkapalan Didakwa Esok Berhubung Projek LCS

Aqmal Ezany
pengarah urusan syarikat perkapalan lcs
Gambar: Utusan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat perkapalan akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut sumber, lelaki berusia hampir 80 tahun itu akan didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu akan didengar di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Jemputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lewat petang ini turut memaklumkan mengenai pertuduhan terhadap lelaki itu esok.

Pada 4 Ogos lepas, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan tiada satupun kapal telah disiapkan walaupun kontrak projek bernilai RM6.083 bilion itu memperuntuk lima daripada enam kapal tersebut seharusnya disiap dan diserahkan setakat Ogos 2022.

Sumber: BERNAMA