Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelepasan cukai seni kreatif
Kredit: Bernama

Belanjawan 2025: Kerajaan Dicadang Perkenal Mekanisme Pelepasan Cukai Seni Kreatif

Azizah Najib

Belanjawan 2025: Kerajaan Dicadang Perkenal Mekanisme Pelepasan Cukai Seni Kreatif

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Kerajaan disaran memperkenalkan mekanisme yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati pelepasan cukai apabila berbelanja dalam industri seni kreatif menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd Zainariah Johari berkata langkah itu bagi menggalakkan masyarakat menghargai dan berbelanja dalam industri kreatif sekali gus mewujudkan permintaan bagi hasil seni tempatan.

“Antara yang kita harapkan dalam Belanjawan 2025 adalah sesuatu yang berkaitan rebat cukai. Contoh, sekiranya seseorang itu pergi tengok teater seni, persembahan di Istana Budaya, membeli hasil seni, mereka dapat pelepasan cukai itu.

BACA: Malaysia Antara Negara Catat Peningkatan Terbesar Dalam Pengaruh Diplomatik – Indeks Kuasa Asia

“Kita mahu memberikan galakan kepada golongan muda, remaja termasuk juga komuniti untuk membeli hasil kerja yang dihasilkan oleh penggiat industri seni kreatif, seperti pelukis, penulis buku, pengusaha seni tradisional dan sebagainya. Ini antara yang saya pernah suarakan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Apa Khabar Malaysia bertajuk “Menjelang Belanjawan 2025: Harapan Industri Kreatif Malaysia” terbitan Bernama TV hari ini.

Zainariah berkata usaha itu dilihat perlu bagi merancakkan lagi permintaan terhadap seni kreatif tempatan bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian industri berkenaan.

Beliau turut mencadangkan agar tumpuan diberikan pada memperkasakan sektor pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dan tahap ‘celik seni’ golongan muda termasuk komuniti secara keseluruhan untuk menghargai seni kreatif tanah air.

BACA: Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri & KL Hingga Petang Ini

“Dalam masa sama, penggiat seni kreatif kita juga kena mencipta permintaan supaya semua orang suka (hasil seni kreatif yang dihasilkan) kerana apabila ada permintaan, akan ada penawaran maka penggiat seni akan sentiasa ‘bekerja’ sekali gus mewujudkan industri yang mampan dan lestari,” katanya.

Selain itu, beliau berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang lebih tinggi kepada industri seni kreatif dalam Belanjawan 2025.

“Tahun 2024, RM160 juta, bagi tahun 2023, RM127 juta. Jadi jumlahnya meningkat. Insya-Allah untuk tahun ini memang itu yang kita harapkan,” katanya.

Belanjawan 2025 bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

BACA: Hasrat Bergambar Bertukar Tragedi, Lelaki Hilang Selepas Diheret Ombak Besar

Sumber: Bernama