Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Belon Panas Pecah, 5 Penumpang Termasuk Pengemudi Maut

MEXICO- Kesemua mangsa yang menaiki belon panas maut kerana belon panas pecah di New Mexico, lapor pihak berkuasa negeri pada 27 Jun.

Susan Montoya, 65 tahun, John Montoya, 61 tahun dan pengemudi Nicholas Meleski, 62 tahun antara mangsa kejadian, lapor Albuquerque Journal.

Manakala dua mangsa lagi, Martin Martinez, 59 tahun bersama isterinya Mary, 62 tahun dilaporkan mati pada 28 Jun.

Menurut New York Post, mereka semua terbang di kawasan Albuquerque sebelum ‘bakul’ terlepas dari ikatan menyebabkan mereka terjatuh dari ketinggian 100 kaki dari tanah.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pagi 7 pagi pada 27 Jun.

John Montoya merupakan satu-satunya penumpang yang selamat dalam kejadian tersebut, lapor pihak berkuasa. Dia dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico.

Namun, dia dilaporkan mati akibat kecederaan yang dialami, lapor KOAT.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca berlakunya kejadian tersebut, lapor Journal.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional kini sedang menjalankan siasatan.

Sumber: New York Post