Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Belum Pun Dibuka Kepada Umum, Pantai Seberang Takir Diceroboh, Pejabat Daerah Beri Amaran Penjaja ‘Pacak’ Gerai

Kredit: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

Beberapa bulan ini, Malaysia didedahkan dengan keunikan dan keindahan yang dimiliki oleh salah satu pantai di negeri Terengganu. Berlatar belakangkan pemandangan Jambatan Drawbrigde, Pantai Seberang Takir mendapat perhatian umum terutamanya rakyat Malaysia.

Gambar: Nasir Ali

Sudah pasti kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk menenangkan fikiran, bersama keluarga, dan juga untuk mengambil gambar.

Namun begitu, tindakan peniaga-peniaga yang sudah mendirikan gerai tanpa lesen sedikit sebanyak mengganggu landskap pantai tersebut. Selain itu, gerai yang didirikan tanpa kebenaran pihak berwajib juga menyebabkan sudut pemandangan pantai tersebut terjejas.

Pihak penguatkuasa Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus telah mengeluarkan notis amaran kepada individu-individu untuk mengosongkan tanah kerajaan yang telah diceroboh. Tambahan lagi, pihak penguatkuasa akan mengambil tindakan kepada sesiapa yang ingkar,

Kredit: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus
Kredit: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

Sumber: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus