Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Benelli Panarea 125 Tampil Lebih Segar Dengan Empat Pilihan Warna Baharu

LEBIH

Benelli Panarea 125 Tampil Lebih Segar Dengan Empat Pilihan Warna Baharu

Benelli Malaysia dengan rasminya memperkenalkan empat pilihan warna dan gaya baharu bagi skuter popularnya, Benelli Panarea 125. Pengenalan varian warna baharu ini memberi nafas segar kepada model bernuansa neo-retro tersebut bagi memenuhi cita rasa penunggang tempatan yang inginkan kelainan dan gaya tersendiri di jalan raya.

Empat pilihan warna baharu yang diperkenalkan merangkumi Charcoal Black, Rosa Pink, Modena Silver dan Ivory White. Model ini boleh dimiliki dengan harga bermula RM6,988.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) menerusi pengedar sah Benelli Malaysia.

Dengan setiap pembelian Benelli Panarea 125, para pembeli boleh menikmati waranti selama 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana terdahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Benelli Panarea 125 Malaysia. 

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Intipati
  • Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk skuter neo-retro Panarea 125.
  • Warna baharu itu ialah Charcoal Black, Rosa Pink, Modena Silver dan Ivory White.
  • Harga bermula RM6,988, tidak termasuk cukai jalan dan insurans menerusi pengedar sah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan