Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bentuk Unik, Foto-foto Viral Jambang Ekor Monyet, Jadi ‘Trend’ Terkini Untuk Lelaki

Gambar: Twitter

Biasanya mahkota kaum lelaki ada pada rambut. Sebab itu mereka sangat menjaga gaya dan ‘style’ rambut masing-masing.

Dalam masa sama, ada satu lagi mahkota kaum lelaki yang kita mungkin tak perasan, iaitu jambang mereka.

Kebanyakan lelaki yang berjambang, mereka suka kekalkan jambang tersebut, tidak mahu mencukurnya dan akan menjaga dengan rapi.

Bila rambut dah cantik, ditambah pula jambang yang kemas, barulah sempurna kan?

Tapi pada hari ini, ada satu lagi fesyen jambang terkini yang sudah menjadi ikut-ikutan atau trending, iaitu jambang ekor monyet.

Jika anda buat carian ‘#monkeytailbeard’ di Twitter, pasti akan jumpa ratusan ciapan gambar jambang unik yang dikongsikan.

Biasanya selama ini orang lelaki gayakan rambut je dengan bentuk-bentuk tertentu.

Tapi kali ni jambang pun jadi bahan. Asal ada idea, semua jadi.

Sementara itu, portal Boredpanda dan Sadanduseless juga turut merangkumkan koleksi foto-foto unik jambang ekor monyet ini ke dalam halaman mereka.

Bergaya ada, nampak kelakar pun ada.

Gambar: Sadanduseless
Gambar: Sadanduseless
Gambar: Boredpanda
Gambar: Boredpanda
Gambar: Boredpanda

Menariknya, ada antara mereka buat jambang ekor monyet sebegitu kerana semata-mata untuk menjalankan kutipan sumbangan kerja-kerja kebajikan.

Sumber: boredpanda / sadanduseless / Twitter