Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang penganggur berusia 41 tahun telah memfailkan kes di mahkamah untuk menuntut kekayaan ibu bapanya untuk menampung perbelanjaannya seumur hidup.
Memetik daripada laporan Metro UK, lelaki ini merupakan bekas peguam mendakwa dia bergantung hidup dengan ibu bapanya sejak menganggur. Lelaki ini tinggal secara percuma di rumahnya di London yang berharga kira-kira RM5.8 juta.
Bukan itu sahaja, lelaki ini juga mendapat elaaun mingguan daripada orang tuanya kira-kira RM 2,300. Namun, selepas berlaki pertengkaran keluarga tersebut, elauannya dipotong.
Menurut peguam bela yang mewakili kedua orang tuanya berkara mereka sudah lama bertahan dan tahu apa yang tebaik untuk anak mereka serta boleh membezakan ia keperluan ataupun kehendak.
Saman yang difailkan oleh lelaki tersebut merupakan saman kedua terhadap ibu bapanya. Kes terdahulu telah ditolak oleh mahkamah dan kini dia mengemukakan rayuan.
Perkara yang sama turut berlaku pada Universiti Oxford di mana lelaki ini telah memfailkan saman bernilai lebih kurang RM 5.8 juta mendakwa institusi tersebut menghalangnya daripada memperolehi ijazah kelas pertama dan ia mempengaruhi kariernya sebagai peguam.
Lelaki ini dibenarkan tinggal di rumah mewah milik ibu bapanya sejak 20 tahun lalu dan segala bil dan kos sara hidup dibiayai oleh kedua ibu bapanya.
Sumber: Metro.UK