Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berang Makan ‘Sedap-sedap’ Tapi Taknak Bayar, ‘Tokey’ Restoran Ugut Nak Sebar Wajah 4 Pelanggan Di Facebook

Gambar Via Mirror

Gara-gara tidak membayar selepas makan, sekumpulan lelaki dilaporkan telah dimalukan oleh pemilik restoran di Liverpool secara terbuka di laman Facebook.

Memetik laporan Daily Star, pemilik restoran Los Amigos Steakhouse memberikan amaran yang ‘lembut’ itu kepada empat lelaki tersebut untuk kembali ke restoran itu dan membayar makanan yang telah dimakan oleh mereka.

Mereka diberikan masa selama tujuh hari untuk melangsaikan hutang tersebut sebelum perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.

Pemilik restoran itu juga berkata mereka akan menyiarkan gambar kesemua lelaki itu dalam media sosial jika mereka tidak membayar makanan yang dipesan.

Difahamkan, bil yang tidak dibayar itu berjumlah £96.20 (RM543) dan makanan yang dipesan oleh mereka adalah kepak ayam BBQ, nacho, burger dan ikan siakap bersama tiga gelas beer dan lima Diet Cokes.

“Pada 27 Disember 2021 jam 5.15, empat orang lelaki datang ke restoran ini dan keluar tanpa membayar bil makanan,” tulis restoran itu di Facebook.

Sumber: Daily Star