Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Jika dahulu pemakaian kanta lekap adalah untuk membantu mengatasi masalah penglihatan seperti rabun. Ini adalah pilihan alternatif buat individu yang tidak menggemari pemakaian kaca mata. Tetapi kini, pemakaian kanta lekap bukan lagi hanya berkaitan dengan masalah penglihatan semata-mata.
Oleh sebab itu , ada segelintir individu yang mengambil kesempatan menjual kanta lekap dengan harga yang murah dan tidak berkualiti di media sosial. Jadi, menerusi perkongsian daripada Public Health Malaysia berkongsi kesan buruk kepada seseorang jika memakai kanta lekap yang murah di jual di atas talian atau mana-mana kedai kosmetik.
Gara-gara memakai kanta lekap dalam yang lama dan ianya dibeli dari laman web online, si pemakai akan menerima kesan buruk dan beberapa komplikasi pada mata.
Menyekat bekalan oksigen kepada permukaan mata
Size dan bahan mungkin tidak sesuai dengan mata
Permukaan tidak rata mencalarkan permukaan mata
Mengandungi bahan kimia termasuk klorin
Tidak sterile dan mungkin mengandungi kuman

Malaysian Optical Council melaporkan, hampir setiap bulan pasti ada kes kebutaan melibatkan komplikasi akibat penggunaan kanta lekap.
Siapa mangsanya? Sudah tentu anak gadis muda yang memasang angan angan memiliki anak mata kebiruan.. tanpa memikirkan komplikasi dan kesan akibat penggunaannya.
Produk kanta sentuh murahan ini tidak diketahui sumber dan kualiti penghasilannya. Ada yang dihasilkan tanpa pemantauan kualiti yang menyebabkan permukaannya tidak sekata. Ini boleh menyebabkan pemukaan mata tercalar. Kuman akan masuk ke permukaan mata yang tercalar dan menyebabkan ulser.

Ulser kornea
Keralitis
Jangkitan mata
Gangguan penglihatan
Kebutaan
Semua penggunaan kanta lekap perlu dipantau oleh ahli optometrist yang berdaftar. Walaupun kanta lekap tidak mempunyai “power”, mereka perlu lakukan pemeriksaan untuk mengetahui kesesuaian mata dan produk untum penggunaan yang selamat.
Kenapa penggunaan kanta lekap begitu dikawal rapi? Kenapa mata dan penglihatan sangat berharga, tidak terbanding dengan kanta murahan kebiruan itu.

Sumber: Public Health Malaysia