Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berapa Jauh Kereta Boleh ‘Pergi’ Selepas Lampu Minyak Menyala?

Gambar: The News Wheel

Sebagai pemandu, kuantiti minyak atau bahan bakar bagi kereta anda sangat penting untuk diawasi pada setiap masa. Perkara ini supaya dapat mengelakkan diri anda daripada tersadai di tepi jalan akibat kehabisan minyak.

Lampu minyak yang dipaparkan pada bahagian kenderaan anda akan menyala apabila mendapati bahan bakar kenderaan berada pada tahap yang rendah.

Namun, anda masih lagi boleh memandu kenderaan ke destinasi yang ingin dituju mengikut jenis kenderaan kerana lain kereta, lain isiannya.

Oleh itu, kami lampirkan senarai jarak yang boleh dilalui mengikut jenis-jenis kereta.

Walau bagaimanapun, senarai tersebut merupakan anggaran kasar. Ianya juga bergantung kepada corak pemanduan yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan jarak yang boleh dilalui oleh kereta.

Selain itu, penggunaan pendingin hawa juga boleh menyebabkan kadar bahan bakar kenderaan anda lebih cepat untuk turun.

Sumber: Fox News