Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bergerak Selaju 24,140 Kmj, Lelaki Dakwa Ini Kesan Hentaman Serpihan Kecil Mampu Buat Di Angkasa
Kita selalu membayangkan bahawa angkasa lepas adalah ruang kosong yang luas. Tetapi, ia mungkin tidak seperti yang kita semua sangka. Ruang angkasa, khususnya berhampiran Bumi, ia dipenuhi dengan sampah sarap berteknologi tinggi, yang kebanyakkan adalah daripada serpiha-serpihan satelit yang tak lagi berfungsi.
Munurut Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), mereka berjaya mengkatalogkan kira-kira 500,000 serpihan kecil yang meluncur mengelilingi planet kita pada kelajuan kira-kira 15,000mph (24,140 kmj)atau bersamaan 14.17 g-force. Pada kelajuan tersebut, serpihan kecil ini ibarat peluru berkelajuan tinggi yang berpotensi memberik kerosakan pada mana-mana objek yang dihentamnya.
Seorang pengguna tanpa nama di Reddit yang mendakwa bekerja dalam bidang aeroangkasa telah menyiarkan imej tentang perkara yang boleh dilakukan oleh 1/2oz serpihan angkasa pada blok aluminium pepejal. Ujian ini dilakukan menggunakan senapang gas ringan dalam jarak dekat dan menunjukkan berapa besar kerosakan yang boleh dilakukan serpihan kecil sampah sarap angkasa lepas.

Menerusi pepejal berkenaan, dapat dilihat kawasan hentaman besar yang dianggarkan mempunyai kedalaman kira-kira 5 inci. Lebih menakutkan, hentaman tersebut berpunca daripada serpihan yang dianggarkan menyamai berat pemadam pada hujung pensel.
Memandangkan saiz ISS adalah kira-kira sebesar padang bola sepak, dapat dikatakan ia adalah sasaran yang cukup besar untuk mana-mana serpihan. Penyelesaian kepada masalah tersebut, ISS perlu menggerakkan orbitnya untuk memastikan ia tidak dihentam mana-mana serpihan.
Sebelum ini, kru mengambil masa berminggu-minggu lamanya hanya untuk membaiki bahagian ISS yang rosak akibat dihentam serpihan sebesar cip cat.
BACA: “Ekonomi Kami Lebih Kuat,” Terperangkap Dalam Perang Tenaga Dengan Rusia, Jerman Laung Amaran
Sumber: Freethink