Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Susulan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan Sudan, Kesatuan Afrika (AU) dalam satu kenyataan hari ini menggantung negara tersebut dari kesatuan.
Sejak 6 Jun 2019, Majlis Keamanan dan Keselamatan Kesatuan Afrika (PSC) telah menahan penglibatan Republik Sudan dalam sebarang aktiviti kesatuan. Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada negara tersebut keluar dari kemelut politik setelah rampasan kuasa dilakukan pihak ketenteraan Sudan sejak 11 April 2019.
Pun begitu, kerajaan peralihan Sudan yang dipimpin pihak tentera didapati mengamalkan pemerintahan kuku besi hingga menyebabkan kecederaan dalam kalangan rakyat.
Tambah PSC, keputusan penggantungan ini terpaksa dibuat dan mereka mengutuk sekeras-kerasnya cara pemerintahan tampuk pimpinan baharu Sudan yang telah menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa orang awam.
PSC turut memfailkan laporan kepada Suruhanjaya AU untuk menyiasat semula berkait tragedi pembunuhan beramai-ramai di Khartoum, Sudan yang berlaku pada tanggal 3 Jun 2019.
Sumber: Kesatuan Afrika