Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bermula 15 April, Ini Hari BDR Yang Dibenarkan Mengikut Negeri
Susulan konflik Asia Barat yang berlarutan sejak 28 Februari lalu, Malaysia juga turut terkesan terutamanya dari segi bekalan tenaga.
Disebabkan itu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Bekerja dari Rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam bermula 15 April.
Terbaru, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi satu Surat Edaran berkata BDR ini dilaksanakan secara berperingkat sebagai langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global.
Bagi negeri-negeri di mana Hari Kelepasan Mingguan (HKM) hari Ahad, BDR adalah pada Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari. Manakala, Isnin dan Jumaat tidak dibenarkan BDR.
Dalam pada itu, negeri-negeri di mana HKM pada hari Jumaat iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu, BDR adalah pada Isnin hingga Rabu secara sepenuh hari. Pegawai tidak dibenarkan BDR pada Ahad dan Khamis.

Tempat bekerja pegawai semasa BDR pula adalah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja.
Menurut JPA, pegawai dikehendaki menggunakan Sistem Pemantauan Operasi Tugas Secara Elektronik (SPOT-Me) yang membolehkan perekodan kehadiran melalui fungsi geolokasi pada peranti mudah alih dari rumah.
Pegawai juga perlu mendaftar masuk ke dalam SPOT-Me setiap satu jam dan Ketua Jabatan hendaklah memantau keberadaan pegawai.
"Ketua Jabatan perlu mengenal pasti output bagi setiap pegawai yang BDR dan hendaklah menyemak serta mengesahkan secara berkala sasaran kerja dan output yang telah ditetapkan," kata JPA.