Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Nishiyama Onsen Keiunkan Hotel Tertua Dunia
Kredit: Nishiyama Onsen Keiunkan

Berusia 1,300 Tahun, Kenali Nishiyama Onsen, Hotel Tertua Di Dunia Ramai Tak Tahu

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Berusia 1,300 Tahun, Kenali Nishiyama Onsen, Hotel Tertua Di Dunia Ramai Tak Tahu

Terletak di dalam kawasan pergunungan di wilayah Yamanashi, Nishiyama Onsen Keiunkan memiliki beberapa ciri unik seperti tikar tatami, staf yang mengenakan kimono dan papan tanda di dalam tempat peninapan ditulis dengan tulisan kaligrafi.

Apabila pengunjung mula menjejakkan kaki ke tempat tersebut, mereka terasa akan kembali ke masa lampau dan perkara tersebut bukanlah satu kebetulan.

Menurut legenda, dikatakan anak sulung kepada Fujiwara no Kamatari, keluarga aristokrat paling berkuasa pada zaman itu telah merantau dari ibu kota pada tahun 705 Masihi.

Semasa berasa dalam perantauan, anak lelaki tersebut telah menemui kolam air panas atau ‘onsen‘ dalam bahasa Jepun di kawasan berkenaan.

Tidak lama selepas itu, sebuah ryokan iaitu hotel kolam panas tradisional Jepun telah dibina di tempat tersebut.

Lebih daripada satu alaf, hotel berkenaan telah dikunjungi oleh pelbagai pengunjung yang terdiri daripada pekerja pejabat dan pemimpin-pemimpin terkenal seperti keluarga Tokugawa iaitu, keluarga shogun yang memerintah Jepun selama 400 tahun.

Sedangkan Maharaja Jepun pada masa ini, Maharaja Naruhito telah mencemar duli ke hotel berkenaan dan beristirehat di dalam kolam air panas sambil menikmati pemandangan sekeliling.

Ryokan tersebut telah dikenali di Jepun dalam masa yang agak lama. Namun,

Berusia 1,300 tahun, Nishiyama Onsen Keiunkan Merupakan Hotel Tertua Di Dunia

Terletak di dalam kawasan pergunungan di wilayah Yamanashi, Nishiyama Onsen Keiunkan telah meraih populariti secara mendadak apabila Guinness Book of World Records mengiktiraf hotel ini sebagai hotel tertua di dunia pada 2011.

Pengumuman tersebut telah menjadikan Nishiyama Onsen Keiunkan sebagai satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong asing. Kini, ryokan tersebut masih dapat menampung keperluan pelancong pada masa yang sama, mengekalkan tradisi yang berusia lebih dari 1,300 tahun.

Nishiyama Onsen Keiunkan Merupakan Hotel Tertua Di Dunia
Kredit: CNN

Hotel ini menyaksikan pelbagai saat menarik dalam lipatan sejarah

Nishiyama Onsen Keiunkan memiliki lembaran sejarah yang cukup lama, termasuklah banyak detik dramatik dan mencemaskan.

Hotel ini pernah dijilat api sebanyak dua kali iaitu pada 1909 dan 1916. Sebuah batu besar pernah memusnahkan salah satu bangunan ryokan pada 1925. Bukan itu sahaja, hotel ini juga pernah dilanda ribut taufan yang dahsyat pada 1982.

Oleh sebab itu, bangunan utama hotel berkenaan telah dipindahkan sebanyak tiga kali sepanjang sejarahnya,

Presiden ryokan terkini, Kenjiro Kawano percaya bahawa lokasi hotel yang terpencil adalah satu faktor utama yang membenarkan perniagaan dalam bidang hospitaliti itu masih berjalan sehingga ke hari ini.

Kenjiro Kawano
Kenjiro Kawano | Kredit: CNN

Sungguhpun perniagaan tersebut menyaksikan kejayaan dan membuahkan hasil yang lumayan, tiada rancangan untuk memperluaskannya.

“Presiden sebelum ini memberitahu saya untuk menjadi tuan ryokan dan tidak sesekali terganggu dengan apa-apa perkara,” kata Kawano.

“Apabila anda mula melihat kejayaan, anda mula menceburi bidang lain dan ini menyebabkan anda terdedah kepada kegagalan.”

Masalah untuk mencari pewaris ryokan untuk generasi yang akan datang

Selama lebih dari satu abad, ryokan tersebut telah dimiliki oleh dua buah keluarga. Namun begitu, ketika sampainya waktu untuk menentukan presiden ke-53, sudah pastinya akan memberikan satu masalah yang agak besar.

Hal ini kerana, tiada saudara mara atau pewaris yang dapat memikul tanggungjawab untuk menjaga hal ehwal ryokan pada masa yang akan datang.

Kawano mula menyertai ryokan pada 1984 ketika beliau baru berusia 25 tahun. Ketika itu, beliau melakukan banyak pekerjaan seperti membaiki dinding dan membina komputer sebelum menceburi bidang pengurusan.

Setelah berkerja dalam perniagaan yang dimiliki keluarga Kawano selama berdekad-dekad lamanya, beliau dapat membina pertalian yang erat dengan keluarga terbabit.

Walau bagaimapan, beliau masih tidak menjangka berkenaan apa yang akan berlaku ke atas dirinya.

“Saya telah dipanggil ke pejabat presiden terdahulu dan beliau mengatakan bahawa sayalah yang akan mengambil alih perniagaan ini,” kata Kawano.

“Saya dapat rasakan satu tekanan yang agak besar untuk mengambil alih tempat bersejarah ini. Perkara ini menyebabkan saya perlu mengambil masa selama enam bulan sebelum menerima tawaran terbabit,”

“Kebimbangan terbesar saya adalah saya mungkin merupakan generasi terakhir yang menjaga ryokan ini.”

Nishiyama Onsen Keiunkan
Kredit: CNN

Untuk makluman, populasi penduduk di Jepun semakin merosot dari tahun ke tahun. Sementara itu, generasi pada masa kini lebih cenderung untuk berpindah ke bandar-bandar besar seperti Tokyo untuk meraih peluang yang lebih baik.

Perkara ini menyebabkan kebanyakan kawasan luar bandar didiami penduduk yang terdiri daripada golongan warga emas.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu

Sumber: CNN