Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Besar Sungguh, Lelaki Dilapor Berjaya ‘Tumpaskan’ Ikan Pari Gergasi, Anggaran Berat 200kg

Ikan pari gergagsi
Gambar via Mohd Affandi Yusof

Berjaya mendapatkan habuan seperti ikan yang besar adalah satu kepuasan buat para pemancing dan juga nelayan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang memperoleh pendapatan dengan menjual hasil daripada laut.

Menerusi perkongsian dari Mohd Affandi Yusof melalui laman Facebook miliknya, beliau berkongsi beberapa foto ikan pari gergasi dianggarkan mempunyai berat 200 kg.

Difahamkan, ikan pari gergasi itu berjaya ditangkap di Kampung Nelayan Batu Mandi, Samalaju, Bintulu, Sarawak sebentar tadi.

Sungai-sungai dan juga lautan di Malaysia memang terkenal dengan pelbagai hidupan lauk yang mampu menarik minat mana-mana pemancing untuk menguji skill masing-masing.

Antara spesis-spesis yang biasa didaratkan oleh pemancing adalah seperti baung ekor merah (BEM), kerapu, siakap, kelah dan banyak lagi.

Terdahulu, seorang nelayan berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi sepanjang kira-kira empat meter di Sungai Mekong di selatan Stung Treng, timur laut Kemboja baru-baru ini, memetik laporan CNA.

Difahamkan, ikan air tawar itu telah ditangkap oleh seorang nelayan tempatan sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, sekumpulan penyelidik perikanan turut turun padang dan tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian selepas mendapat panggilan mengenainya.

Menurut sumber projek penyelidikan bersama Kemboja-US, Wonders of the Mekong, ikan pari yang ditangkap pada 13 Jun lalu itu berukuran hampir empat meter panjang dari muncung ke ekor.

Beratnya juga hampir menyentuh angka 300 kilogram (kg) dan difahamkan, ia merupakan ikan air tawar terbesar yang pernah direkodkan setakat ini.

BACA: Nelayan Tangkap Ikan Pari Gergasi Sepanjang 4 Meter

Sumber: Mohd Affandi Yusof (Facebook)