Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BEST Express Malaysia Dan INTI International University Tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

BEST Express Malaysia

BEST Express Malaysia Dan INTI International University Tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

BEST Express Malaysia dan INTI International University secara rasminya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memeterai serta memperkukuhkan kerjasama antara industri logistik dan institusi pengajian tinggi.

Majlis pemeteraian MoU itu telah berlangsung pada 28 Julai 2026 bertempat di pejabat BEST Express Malaysia dan menghimpunkan wakil daripada kedua-dua pihak. Kerjasama ini membuktikan komitmen bersama untuk melahirkan bakat masa depan serta membuka lebih banyak peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman praktikal dalam industri.

Industri logistik dan e-dagang di Malaysia terus berkembang, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja yang berkemahiran. Dalam memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi alam pekerjaan, BEST Express Malaysia dan INTI International Universiti akan menjalankan pelbagai inisiatif yang menghubungkan pembelajaran di universiti dengan pengalaman sebenar dalam industri.

Antara inisiatifnya adalah akan dilaksanakan termasuk projek bersama industri dan penyelidikan, bengkel persediaan kerjaya, peluang latihan industri, pengambilan pekerja di kampus, karnival kerjaya, sesi perkongsian ilmu bersama industri, serta program bimbingan dan mentor oleh kelompok profesional.

Melalui inisiatif-inisiatif inilah, pelajar mendapat peluang untuk lebih faham tentang industri logistik dan rantaian bekalan. Pada masa sama, mereka akan membina kemahiran praktikal serta mengumpul pengetahuan berguna untuk perkembangan kerjaya pada masa hadapan.

Kerjasama yang terjalin juga menunjukkan komitmen BEST Express Malaysia dalam membantu bangunkan tenaga kerja masa depan negara. Dengan kaedah mendekati pelajar sejak peringkat awal pengajian, syarikat dapat berkongsi ilmu dan pengalaman industri, menggalakkan idea baharu serta memberi peluang kepada golongan muda belajar secara terus daripada tenaga profesional.

Pemeteraian MoU ini bakal menjadi permulaan kepada jangka panjang antara kedua-dua institut ini dan kedua-duanya akan terus meneroka lebih banyak peluang dalam perkongsian ilmu, pembangunan bakat dan penglibatan bersama industri.

Seiring perkembangan operasi BEST Express Malaysia dalam industri logistik, syarikat kekal komited untuk membantu melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang ini serta membuka laluan kerjaya kepada bakat muda.

Melalui kerjasama lebih erat antara industri dan institusi pendidikan, BEST Express Malaysia berharap dapat menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja logistik yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan, selain memberi peluang kepada generasi baharu untuk berkembang dan mencipta kejayaan dalam industri tersebut.

Intipati
  • BEST Express Malaysia dan INTI International University memeterai MoU pada 28 Julai 2026.
  • Kerjasama itu menghubungkan pembelajaran universiti dengan pengalaman sebenar dalam industri logistik dan e-dagang.
  • Inisiatif bakal merangkumi latihan industri, bengkel kerjaya, penyelidikan, mentor dan pengambilan kampus.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan