Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beza Sensor Enjin MAF Dan MAP Yang Ramai Tak Tahu

Muhammad Farhan
beza sensor enjin MAF MAP
Gambar: Bernama

Beza Sensor Enjin MAF Dan MAP Yang Ramai Tak Tahu

Sebagai pengguna kenderaan, perlulah kita mengambil tahu serba sedikit setiap fungsi komponen yang terdapat pada kenderaan bergerak ini. Ia sebagai langkah kemudahan sekiranya berlaku kerosakan pada masa akan datang.

Salah satunya, pengesan atau sensor MAF Dan MAP yang terdapat dalam kenderaan. Sebenarnya, masih ramai yang keliru mengenai dua komponen ini.

Meskipun namanya kelihatan serupa, namun fungsinya adalah berbeza.

Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan perbezaaan di antara dua sensor ini di bawah menerusi perkongsian ZAM Auto Accessories.

Penting Ke MAF Dan MAP untuk Enjin?

Perbezaan MAF dengan MAP
Gambar: Chris Sigwaben

Perbezaan Antara MAF Dengan MAP

Dalam sistem enjin, ada dua sensor yang selalu orang keliru, MAF dan MAP. Dua-dua ni memang penting tapi cara dia baca data tak sama.

MAF sensor kerja dia kira jumlah udara yang masuk ikut bacaan aliran. Lepas tu data ni dihantar ke ECU untuk tentukan berapa minyak nak campur dengan udara. Kalau MAF ada masalah, enjin boleh jadi tak stabil masa idle atau rasa berat bila korang tekan minyak.

MAP sensor pula ukur tekanan dalam manifold. Bacaan tekanan ni digunakan ECU untuk kira jumlah udara yang masuk. Kalau MAP ada masalah, bacaan jadi tak tepat dan ECU pun salah kira bahan api, minyak pun cepat habis.

Beza utama dia, MAF fokus pada aliran udara tepat masa tu, MAP pula guna tekanan untuk kira jumlah udara. Ada kereta guna satu je, ada juga yang guna dua-dua sekali. Kalau salah satu tak berfungsi, prestasi enjin memang akan lari jauh.

Nak elak masalah, pastikan dua-dua sensor ni sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik. Periksa awal boleh selamatkan enjin dari problem yang lebih besar nanti.

Semoga perkongsian yang disampaikan ini dapat membantu anda.

Sumber: ZAM Auto Accessories

BACA: Leapmotor C10: EV Mewah dan Selesa Harga Bawah RM130,000

BACA: 2 Minggu Test Drive Proton X70 Premium X, Ni ‘Pro & Cons’ Lepas Bawa Naik Cameron