Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 semalam memperlihatkan pelbagai ragam dan kisah yang menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Salah satu kisah yang tular adalah seorang pelajar yang memakai baju pekerja Shell semasa mengambil keputusan SPM sehingga namanya menjadi trending di Twitter dan mendapat kejutan daripada Pengarah Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain.
Menerusi laman Twitter, pelajar yang dikenali sebagai Amir itu memuat naik beberapa gambar hadiah yang diperolehinya daripada Encik Shairan Huzani namun yang paling menarik perhatian warganet adalah replika kereta mini Shell yang sememangnya menjadi igauan bagi setiap pencinta replika tersebut.
Selain replika kereta mini itu, Amir juga mendapat jam tangan berjenama G-Shock yang berwarna hitam.
Dalam perkongsiaan di Twitter Amir juga dilihat turut memegang beg dengan logo Ferrari ketika bergambar bersama Encik Shairan Huzani.

Warga net juga rata-ratanya teruja dan mengucapkan tahniah kepada Amir.



Sumber: Amirfufu