Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Bila Tengok Makcik Ni, Terbayang Mak Aku,” Warga Emas Datang Hospital Sorang-Sorang Dakwa Anak Tak Jawab ‘Call’

Ibu bapa merupakan dunia dan akhirat kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Walau buruk sekalipun mereka tetap Syurga untuk kita. Betul kan, waktu kecil dulu ibu bapalah yang bertungkus lumus menjaga sakit demam serta menjauhkan kita daripada terkena perkara buruk.

Tetapi, kenapa bila meningkat dewasa, kita sering lupa dengan tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga mereka. Ada sesetengah orang yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka ke rumah kebajikan. Orang tua juga terasa dengan sikap anak-anak seperti ini.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini di laman Facebooknya mengenai nasib seorang ibu yang dibiarkan seorang diri di hospital tanpa bantuan anak-anak.

Aku cuba call anak dia sorang ini jawab dan aku harap anak dia akan datang segera untuk bantu mak dia.

Bila lihat wajah makcik ini, teringat aku dengan mak. Ya Allah ku pohon doa dariMu supaya permudahkan segala urusan makcik ini di hospital.

Sumber: Facebook