Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Biodata Wan Ahmad Farid, Ketua Hakim Negara Baharu
Hari ini, Ketua Hakim Negara baharu telah diumumkan bagi menggantikan Ketua Hakim Negara Ke-16, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah bersara pada 2 Julai 2025.
Biodata Wan Ahmad Farid
Beliau merupakan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Sebelum memegang jawatan tersebut, beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 12 November lalu.
Berusia 62 tahun, beliau memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) dari University of West London yang diperoleh pada tahun 1985.
Tahun berikutnya, beliau memperoleh pula Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Universiti Malaya.
Meniti kerjaya guamannya, beliau memulakan langkah pertama sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Adnan & Wee, Kuala Terengganu pada 1987 sehingga 2003.
Berhenti seketika dalam bidang guaman, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003 hingga 2008.
Pada 2008, beliau yang berasal dari Kuala Terengganu dilantik pula sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sehingga 2009.
Meninggalkan arena politik dan pentadbiran negara, beliau kembali ke bidang guaman sebagai peguam bela dan peguam cara. Ketika itu, beliau menggalas tugasnya di Tetuan Wan Farid & Surin, Kuala Lumpur pada 2011 hingga 2015.
Malah, beliau juga pernah bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Perjalanan kerjaya beliau kali ini bermula pada 2015 hingga 2019.
Dengan kepercayaan yang diterima, beliau melangkah setapak ke hadapan pada 2019 sebagai Hakim Mahkamah Tinggi sehingga 2024.
Sepanjang menjalankan tugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, beliau pernah ditugaskan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mahkamah Tinggi Shah Alam (Bahagian Kuasa-Kuasa Khas) dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Kuasa-Kuasa Khas 3).
Menjelang 2024, nama beliau semakin dikenali apabila terlibat dalam membuat keputusan kes saman pemula. Kes ini difailkan oleh peguam, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar. Ia berkenaan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan darurat.
Dengan kebijaksanaan dan pengalamannya yang meluas dalam bidang perundangan, beliau memutuskan bahawa kuasa YDPA dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diadili oleh pihak mahkamah.
Nama Wan Ahmad Farid kembali didengari apabila beliau terlibat sebagai anggota panel hakim bagi mendengar kes pertikaian 263.272 ekar tanah di Duta Enclave yang membabitkan Semantan Estate Sdn Bhd.
Sumber: Bernama
BACA: Hakim Mahkamah Rayuan Wan Ahmad Farid Dilantik Ketua Hakim Negara Yang Baharu
BACA: Tiada Lagi Habuk Bersepah, 6 Cara Mudah & Selamat Cuci Kipas