Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Boboiboy Galaxy Baraju Tidak Ditayangkan Pada Jun Ini – Monsta

Boboiboy Galaxy Baraju JUN
Gambar: MONSTA

Boboiboy Galaxy Baraju Tidak Ditayangkan Pada Jun Ini – Monsta

KUALA LUMPUR — Siri animasi Boboiboy Galaxy Baraju tidak akan disiarkan pada Jun 2025 ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh syarikat produksi animasi tempatan, MONSTA atau dikenali sebagai Animonsta Studios.

“Kami ingin berkongsi bahawa Boboiboy Galaxy Baraju tidak akan disiarkan pada Jun 2025. Namun begitu, proses produksi masih berjalan dengan lancar!

“Walaupun terdapat sedikit cabaran sepanjang perjalanan, kami masih menyasarkan untuk menayangkannya pada tahun ini, seperti yang telah dijanjikan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peminat yang terus setia bersama kami,” maklumnya dalam kenyataan itu.

BACA: Jurulatih Sepak Takraw USA Kongsi Sebab Pilih Malaysia Sebagai Juara

Sementara itu, Mechamato mencipta sejarah apabila mendapat tempat pertama dalam dua kategori selepas ditayangkan selama 72 jam di platform penstriman video paling popular di China, Youku.

Berita gembira ini disampaikan menerusi laman Facebook rasmi animasi berkenaan pagi tadi.

Siri animasi tempatan ini berjaya meraih tontonan tertinggi bagi genre Kegemaran Budak Lelaki (Boys’ Favourite) dan Mecha.

“Mechamato menembusi Carta Teratas China. Dalam masa 72 jam sahaja, siri animasi Malaysia telah mendapat tempat nombor satu dalam kategori Kegemaran Budak Lelaki dan Mecha di Youku,” maklum Monsta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak, animasi berkenaan turut mendapat tempat kedua bagi Carta Teratas Pengembaraan Penuh Bersemangat (Hot-Blood Adventure) serta tempat ketiga bagi kategori Rancangan Baru Ditayangkan secara Keseluruhan dalam tempoh tersebut.

Terdahulu, Mechamato mula menembusi pasaran hiburan China itu dengan tayangan 26 episod daripada siri penuh animasi berkenaan, lapor Bernama.

Nizam berkata, pencapaian menayangkan siri animasi ini di Youku menandakan satu lagi detik bersejarah buat syarikat tersebut. Detik ini juga menandakan simbol kemajuan industri animasi Malaysia apabila berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami amat teruja kerana Mechamato bakal menemui penonton di China melalui kerjasama strategik bersama Youku.

“Kerjasama ini bukan sahaja merangkumi penyiaran tetapi turut membuka peluang luas dalam aspek pelesenan dan perdagangan. Ini satu langkah besar untuk melonjakkan jenama kami ke peringkat lebih tinggi, dan MONSTA percaya hubungan erat dengan rakan kongsi di China mampu membuka laluan baharu untuk pengukuhan pasaran di rantau Asia,” ujarnya.

Sumber: Facebook MONSTA