Ketika disarankan untuk berbuka puasa dengan sesuatu yang manis. Selain kurma, manisan-manisan lain seperti kuih muih dan bubur manis juga sangat sinonim dengan budaya berbuka rakyat Malaysia.
Mungkin anda pernah dengar bubur jagung, kacang hijau dan pulut hitam. Tapi bagaimana pula dengan bubur bunga setaman?

Resepi yang dikongsi oleh Azanizan Assaini melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) mendapat 2.1 ribu perkongsian dan 10.3 ribu tanda suka setakat ini.
Nak tahu macam mana nak sediakan bubur bunga warna-warni ni? Mari kita ikuti resepi di bawah.
Selamat petang.. Nak buat pemanis mulut ni hanya perlukan kerajinan.. hihihi.. harini kita main pewarna maka jadi la Bubur Bunga Setaman..
Resepi Bubur Bunga Setaman:
Bahan-bahan 2 sudu besar tepung pulut (cap apa lupa pulak) Garam Air Pewarna (ikut kesukaan korang) *Tapi basic dia kelopak putih, tengah-tengah sahaja pakai pewarna*
Cara-cara Masukkan tepung pulut kemudian masukkan sedikit je garam. Lepas tu masukkan air guna sudu sikit-sikit.
Ni untuk buat doh untuk kelopak (warna putih). Ulang semula untuk buat doh yang di tengah. Tapi, hanya guna sesudu sahaja tepung pulut, masukkan sedikit je garam dan titiskan sedikit pewarna serta sedikit air. Ulang jika anda hendak buat doh tambahan (warna lain).
Setelah siap doh, buat doh tadi menjadi biji-biji kecil. Lekatkan menjadi sekuntum bunga.

Setelah siap, doh bunga tadi kena rebus dulu sekejap, macam rebus buah melaka. Dah terapung tu masukkan dalam mangkuk yang berisi air sejuk.
Bahan-bahan kuah
Santan kotak Garam Air Gula Daun pandan * 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh (untuk pekatkan kuah)
Satukan semua bahan kecuali yg bertanda *. Gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan doh yang dah direbus tadi. Bila sudah mendidih, matikan api. Masukkan air tepung gandum, godak cepat-cepat supaya tak berketul-ketul.

Tadaaaaa.. siapppp..
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Azanizan Assaini via Masak Apa Hari Ni..
