Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Freepik

Tiba-tiba Resah & Takda Mood? Mungkin Ini Penyebabnya

Syed Faisal Sayed Muhammad

Tiba-tiba Resah & Takda Mood? Mungkin Ini Penyebabnya

Pernah tak anda berasa resah serta tiada mood secara tiba-tiba? Tahukah anda, ia mungkin berkait dengan ketidakstabilan hormon di dalam badan. Ketidakstabilan hormon ini boleh terjadi atas pelbagai faktor antaranya penyakit, tekanan dan kekurangan zat di dalam badan.

Oleh itu, penting untuk kita menjaga kesihatan sama ada dari segi fizikal, mental dan memastikan kita mendapatkan zat yang cukup melalui pemakanan yang seimbang. Malah, saintis mendapati wujud kaitan antara usus dan otak (Gut-Brain Axis) di mana diet yang sihat boleh mempengaruhi mood seseorang.

Namun tahukah anda, terdapat satu minuman susu kultur ini yang merupakan minuman probiotik pertama dan nombor satu di Malaysia?

Minum susu kultur boleh pengaruhi mood seseorang?

Produk yang dimaksudkan adalah susu kultur jenama popular VITAGEN. Korang pasti menyangka bahawa produk ini buatan negara-negara maju di luar sana kan?

Tekaan anda salah, sebaliknya VITAGEN adalah jenama minuman susu kultur pertama kebanggaan bagi Malaysia.

VITAGEN telah berada di dalam industri minuman susu kultur ini selama 46 tahun sejak ia mula dihasilkan pada 1977.

Kredit: Freepik

Seperti yang ramai ketahui, VITAGEN adalah sejenis minuman probiotik yang mengandungi berbilion bakteria baik bukan sahaja bagus untuk membantu sistem penghadaman dan imunisasi badan, malah ianya lebih dari itu.

Terdapat bukti saintifik yang mendedahkan bahawa terdapat hubungan menarik antara usus dan otak yang dikenali sebagai Gut-Brain Axis (GBA).

GBA terdiri daripada komunikasi dua arah antara sistem saraf pusat dan enterik yang menghubungkan emosi dan kognitif otak dengan fungsi usus periferal.

Kumpulan Penyelidikan GUT Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, mengkaji bagaimana susu kultur seperti VITAGEN yang mengandungi lactobacillus dapat membantu mempengaruhi mood seseorang.

Kajian yang dijalankan selama 12 minggu ke atas pesakit Sindrom Iritasi Usus (IBS) mendapati terdapat perubahan signifikan kepada badan mereka.

Antara penemuan yang ditemui adalah seperti berikut:

  • Menambahkan aras serotonin sebanyak 47%

  • Mengurangkan skor kemurungan sebanyak 42%

  • Meningkatkan kualiti hidup sebanyak 7.1%

  • Mengurangkan simptom sindrom penghadaman rengsa iritasi usus (perubahan tabiat buang air besar dan sakit abdomen) sebanyak 42.1%

Kredit: Freepik

Apa itu hormon Serotonin?

Di dalam badan manusia terdapat pelbagai hormon seperti dopamin, oksitosin, endorfin dan serotonin yang boleh mempengaruhi mood seseorang.

Terdapat penemuan di dalam kajian yang menunjukkan bahawa peningkatan hormon serotonin menjadi penyumbang penting kepada kesihatan mental individu.

Tahukah anda bahawa kira-kira 90% serotonin dihasilkan dalam usus? Selebihnya sebanyak 10% pula dihasilkan daripada dalam otak.

Hormon ini terhasil daripada triptofan iaitu sejenis asid amino yang penting dan hanya diperolehi daripada pengambilan makanan.

Untuk pengetahuan anda, serotonin adalah pengaruh terbesar dalam perubahan ke atas perasaan dan tingkah laku seseorang. Terutamanya dalam situasi cara kita berkomunikasi dan bersosial, cara kita makan dan mencerna serta tahap kualiti tidur seseorang.

Jika tahap serotonin rendah di dalam badan seseorang, maka ia boleh dikaitkan dengan kemurungan dan kecelaruan dalam fikiran.

Oleh itu, peningkatan serotonin dalam badan sangat penting dalam memastikan kesihatan mental yang baik.

Berbalik kepada penemuan kajian klinikal tadi, pengambilan minuman VITAGEN dikatakan dapat menambahkan tahap serotonin di dalam badan seseorang.

Tahap serotonin yang tinggi di dalam badan dapat membantu anda untuk memiliki kesejahteraan mental yang stabil.

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci lagi berkenaan VITAGEN, anda boleh klik di sini.

Kredit Vitagen