Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (“BSH” atau “Syarikat”) hari ini melancarkan model terkini 2026 bagi dua ikon adventure utamanya iaitu Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES dan Honda X-ADV. Kedua-dua model ini tampil dengan reka bentuk lebih segar serta penambahbaikan mekanikal yang signifikan, sekali gus memperkukuh segmen motosikal adventure di Malaysia.
CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES: Direka untuk Pengembaraan Jarak Jauh

Model 2026 CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES, atau lebih dikenali sebagai Africa Twin, kembali dengan penampilan lebih berani menerusi kemas kini jalur grafik dan reka bentuk terkini. Ia sesuai untuk penunggang yang mahukan keselesaan merentas benua tanpa menjejaskan kelincahan, sambil kekal bergaya di setiap perjalanan.
Enjin parallel-twin 1,084cc dengan nisbah mampatan tinggi 10.5:1 serta talaan semula masa injap memberikan kuasa responsif untuk tunggangan di jalan raya mahupun laluan off-road.
Sistem elektronik canggih termasuk Inertial Measurement Unit (IMU) enam paksi dan Throttle-By-Wire menawarkan empat mod tunggangan (Tour, Urban, Gravel dan Off-Road). Sistem ini mengawal 7 tahap Honda Selectable Torque Control (HSTC), Wheelie Control serta Cornering ABS untuk keyakinan maksimum. Roda hadapan 19 inci dan pusat graviti rendah turut meningkatkan kestabilan dan kawalan di pelbagai permukaan.
Dilengkapi sistem Showa EERA™ sebagai ciri standard dengan pelarasan redaman masa nyata merangkumi empat mod iaitu Hard, Mid, Soft dan Off-Road. Sistem brek Anti-Lock Braking System (ABS) turut disediakan dengan pilihan nyahaktif ABS belakang bagi kawalan lebih optimum ketika tunggangan off-road.
Transmisi Dual Clutch Transmission (DCT) memberikan rasa klac yang lebih halus untuk perjalanan lebih lancar. Tempat duduk premium yang besar dengan pelarasan ketinggian antara 820mm hingga 840mm tanpa memerlukan alatan, serta cermin angin boleh laras lima tahap memastikan keselesaan sepanjang hari.
Spesifikasi Ringkas:
• Kuasa/Tork: 75kW pada 7,500rpm, tork maksimum 112Nm pada 5,500rpm.
• Teknologi: Skrin sentuh TFT 6.5 inci, Apple CarPlay®/Android Auto®, IMU 6 paksi.
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES ditawarkan dalam dua (2) pilihan warna dengan harga runcit disyorkan seperti berikut:

Warna Dengan Harga Runcit Disyorkan
Pearl Glare White – RM 99,888.00
Matte Iridium Gray Metallic – RM 99,888.00
Harga yang dipaparkan ialah harga cadangan bilik pameran dan tidak termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran.
Boon Siew Honda menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana yang terdahulu).
Honda X-ADV: Skuter Adventure Lestari Pertama di Dunia

X-ADV terus menerajui kategori “crossover” dengan reka bentuk baharu yang menampilkan jalur grafik berani dan blok warna solid. Dalam masa sama, model ini mengukuhkan komitmen terhadap kelestarian dengan penggunaan bahan biojisim Durabio™ keluaran Honda pada komponen terpilih.
• Inovasi Mesra Alam: Menyokong matlamat “Circular Design” Honda melalui penggunaan berterusan bahan biojisim Durabio™ (bioplastik berasaskan tumbuhan) pada panel badan dan cermin angin, yang menawarkan ketahanan calar lebih baik tanpa memerlukan cat tambahan.
• Kuasa Lancar: Transmisi Dual Clutch Transmission (DCT) memastikan tunggangan lebih lancar pada kelajuan rendah, sesuai untuk trafik bandar atau pusingan U. Turut dilengkapi sistem Throttle-By-Wire (TBW) dan HSTC.
• Lampu “Hidden Eye”: Lampu projektor LED berkembar direka dengan konsep “hidden eye”, di mana bahagian sekeliling digelapkan bagi menyerlahkan identiti Daytime Running Lights (DRL).
• Praktikaliti Canggih: Dilengkapi Cruise Control, ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 22 liter dengan pembahagi bagasi, serta cermin angin boleh laras menggunakan sebelah tangan.
• Enjin: 745cc Parallel-Twin | 43kW pada 6,750rpm | 69Nm pada 4,750rpm.
• Teknologi: Skrin TFT 5 inci dengan Honda RoadSync, 4 mod tunggangan standard + 2 mod USER, Sistem Smart Key.
Honda X-ADV ditawarkan dalam tiga (3) pilihan warna:

Matte Pearl Glare White – RM 71,999.00
Matte Deep Mud Gray – RM 70,999.00
Graphite Black – RM 70,999.00
Harga yang dipaparkan ialah harga cadangan bilik pameran dan tidak termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran.
Boon Siew Honda menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana yang terdahulu).
Untuk maklumat lanjut, layari www.hondabigbike.com.my atau kunjungi bilik pameran Honda BigWing terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-3993 untuk berhubung dengan pasukan Perhubungan Pelanggan.
Tempahan bagi kedua-dua model dibuka bermula hari ini. Kedua-duanya akan mula tersedia di semua bilik pameran Honda BigWing seluruh negara menjelang akhir Mei 2026.