Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Juara Piala Dunia FIFA 2026 akan menerima hadiah istimewa selain daripada trofi dan pingat emas ikonik.
FIFA mengumumkan bahawa juara yang bakal dinobatkan di Stadium New York New Jersey akan menerima cincin kejuaraan khas.
Menurutnya, ia merupakan satu simbol kemenangan baharu yang turut akan dianugerahkan kepada pasukan yang munul juara.
Cincin itu sekali gus membawa salah satu tradisi sukan Amerika Syarikat yang paling dikenali ke pentas bola sepak dunia.

"Setiap cincin merupakan sebahagian daripada edisi terhad yang hanya terdiri daripada 2,026 unit bernombor individu, sebagai penghormatan kepada kejohanan tersebut.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 30 cincin akan diberikan kepada pasukan juara, manakala baki 1,996 unit akan ditawarkan kepada peminat di seluruh dunia sebagai Produk Berlesen Rasmi.
"Ia sekali gus memberi peluang kepada penyokong untuk memiliki sebahagian daripada sejarah Piala Dunia FIFA 2026," katanya.
Ujar FIFA lagi, satu bahagian cincin memaparkan trofi Piala Dunia FIFA, manakala bahagian lain akan direka khas bagi mencerminkan identiti pasukan yang muncul juara.
Setiap cincin akan diberikan nombor individu, disesuaikan mengikut saiz pemakainya dan disertakan dengan sijil ketulenan.

Sejurus selepas perlawanan akhir, kapten dan ketua jurulatih pasukan juara akan menerima cincin sementara bagi memperingati kejayaan tersebut.
Selepas itu, kesemua 30 cincin untuk pasukan juara kemudiannya akan disesuaikan sebelum disampaikan secara rasmi pada tarikh lain.
Langkah itu dibuat bagi memastikan cincin berkenaan sesuai dipakai sepanjang hayat sebagai simbol kepada pencapaian yang akan terus dikenang selamanya.