Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Piala Dunia sentiasa membawa suasana yang berbeza kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.
Ada yang mula mengira hari, ada yang sibuk membuat ramalan pasukan pilihan, malah tidak kurang juga yang sudah merancang untuk berjaga malam bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menyaksikan perlawanan yang dinanti-nantikan.
Sebagai kejohanan paling berprestij dalam sukan bola sepak, Piala Dunia bukan sahaja menjadi medan persaingan antara negara-negara terbaik, malah turut mencetuskan pelbagai momen bersejarah, kejutan luar biasa dan kisah inspirasi yang kekal terpahat dalam ingatan peminat.
Setiap edisinya hadir dengan harapan baharu, impian yang ingin direalisasikan serta semangat luar biasa yang menjadikan Piala Dunia lebih daripada sekadar sebuah pertandingan sukan.
Bukan itu sahaja, bagi penyokong bola sepak, melihat pasukan kegemaran mereka menjulang piala kemenangan sudah pasti menjadi kepuasan untuk mereka.
Tapi, mungkin ada yang tertanya-tanya, berapa sebenarnya hadiah yang diperoleh bagi setiap pemenang kejohanan ini?
Untuk anda yang nak tahu, hari ini SK akan kongsikan dengan lebih lanjut.
Pada Disember lalu, FIFA mengumumkan bahawa sumbangan kewangan untuk Piala Dunia 2026 akan mencatat rekod baharu sebanyak $727 juta. Jumlah itu meningkat sebanyak 50% berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar.

Jadi, berapa sebenarnya wang yang akan diperoleh oleh setiap pemenang?
Menurut NBC New York, pasukan yang menjuarai kejohanan akan memperoleh AS50 juta (sekitar RM202 juta) pada Piala Dunia tahun ini.
Jumlah itu meningkat sebanyak $8 juta berbanding hadiah yang diterima Argentina selepas memenangi gelaran pada Piala Dunia 2022.
Berikut jumlah wang yang akan diterima setiap negara berdasarkan kedudukan keseluruhan mereka:
Juara: $50 juta (RM202 juta)
Naib juara: $33 juta (RM133 juta)
Tempat ke-3: $29 juta (RM117 juta)
Tempat ke-4: $27 juta (RM109 juta)
Tempat ke-5 hingga ke-8: $19 juta (RM77 juta)
Tempat ke-9 hingga ke-16: $15 juta (RM60 juta)
Tempat ke-17 hingga ke-32: $11 juta (RM44 juta)
Tempat ke-33 hingga ke-48: $9 juta (RM36 juta)
Setiap pasukan yang layak juga turut menerima $1.5 juta (sekitar RM6 juta) sebagai kos persediaan.