Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Buat Ujian Saringan RTK Saliva Dulu Sebelum Balik Kampung Lepas Rentas Negeri Sudah Dibenarkan – KJ

Setakat semalam, negara telah mencatat 88.4 peratus populasi dewasa yang telah lengkap divaksin. Ini bermakna hanya tinggal 1.6 peratus lagi sebelum kerajaan membenarkan rentas negeri sebaik sahaja peratusan mencapai 90 peratus.

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin melalui laman Twitternya menyarankan jika sudah boleh rentas negeri nanti untuk individu yang mahu pulang ke kampung untuk membuat ujian saringan saliva dahulu untuk memastikan anda dan keluarga selamat.

Khairy juga menyarankan agar kerap melakukan ujian saringan kepada sesiapa yang sentiasa berjumpa dengan orang untuk mengurangkan lagi risiko jangkitan.

Terus mematuhi SOP yang telah ditetapka walaupun sudah diberi banyak kelonggaran agar perjalanan kita ke fasa endemik berjalan dengan lebih lancar yang dijangka berlaku pada penghujung Oktober ini.