Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Budak 12 Tahun Ditahan, Tembak Pelajar Di Sekolah

budak 12 tahun ditahan tembak pelajar
Gambar: KTVU via Daily Mail

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ditahan polis selepas menembak seorang pelajar dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Oakland di kejiranan Sobrante Park, California dalam kejadian baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian yang berlaku di Akademi Madison Park itu, suspek yang melakukan perbuatan tersebut kemudiannya cuba melarikan diri sekitar beberapa jam kemudian namun berjaya diberkas, maklum pihak polis Oakland.

Difahamkan, beberapa anggota polis tempatan dikerahkan ke lokasi kejadian dalam kadar segera sebaik sahaja laporan mengenai insiden tersebut diterima.

Sebaik sahaja tiba lokasi kejadian, pihak polis menemui mangsa yang berusia 13 tahun. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami satu luka akibat terkena tembakan.

Ekoran kejadian tersebut, anggota polis terpaksa mengosongkan sekolah berkenaan dan memindahkan pelajar-pelajarnya. Manakala mangsa yang cedera ditembak dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Tambah pihak polis, pemindahan pelajar berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Keadaan dikeruhkan lagi oleh ibu bapa panik dan segera bergerak ke sekolah berkenaan sejurus berita mengenai kejadian itu tersebar.

Sementara itu, rakaman helikopter udara turut memaparkan keadaan huru-hara yang berlaku dengan ratusan pelajar, kakitangan dan ibu bapa yang berkumpul di luar sekolah.

Pihak polis masih belum mendedahkan identiti sebenar suspek sama ada dia merupakan pelajar sekolah berkenaan ataupun tidak. Senjata berupa pistol yang digunakan dalam kejadian itu turut ditemui oleh pihak polis.

Sehingga kini, pelajar 13 tahun tersebut merupakan mangsa tunggal dalam kejadian tembakan di sekolah berkenaan dan tiada laporan lanjut mengenai keadan mangsa.

Motif kejadian masih belum dijelaskan oleh pihak polis dan pertuduhan yang bakal dikenakan terhadap juga tidak akan membawa kepada maut atas faktor umur.

Kes itu kini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Daily Mail