Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Budak 12 Tahun Hidap Kanser Darah Perlukan 5-7 Beg Darah = 35 Orang, PDN Rayu Orang Ramai Derma Darah
Sewaktu kecil, setiap daripada kita pastinya sering menonton kisah adiwira yang bertungkus-lumus menyelamatkan orang ramai.
Bermula dengan kisah-kisah ini, ia menjadi pembakar inspirasi buat kita untuk melakukan benda yang serupa.
Apatah lagi menghulurkan bantuan atau pertolongan kepada orang yang dalam kesusahan, merupakan satu perbuatan yang mulia.
Namun dalam realiti ini, 'kuasa' sebenarnya adalah pada setiap keputusan yang dilakukan.
Kadangkala setiap keputusan yang dilakukan itu merupakan satu bentuk yang sama dilakukan oleh adiwira.
Salah satunya datang dari setiap titisan darah yang didermakan oleh kita, boleh memberi peluang kedua kepada pesakit yang berada dalam situasi kritikal.

Menurut Pusat Darah Negara (PDN), pihaknya menerima permintaan darah komponen granulosit daripada sebuah hospital kerajaan bahawa seorang kanak-kanak pesakit kanak-kanak berusia 12 tahun yang menghidap penyakit kanser darah.
Bayangkan bagaimana insan ini memerlukan 5 sehingga 7 beg darah bersamaan seramai 25 sehingga 35 orang penderma darah utuh regular untuk menyelamatkan nyawanya.
Granulosit merupakan salah satu jenis sel darah putih.
Untuk pengetahuan lapisan granulosit (Buffy Coat) digunakan sebagai salah satu rawatan bagi pesakit yang mempunyai jumlah sel darah putih yang sangat rendah dan boleh mengancam nyawa pesakit.
Granulosit ini hanya boleh diperolehi daripada kutipan darah penderma darah utuh yang regular. Darah utuh dengan isipadu sebanyak 450ml.
Komponen ini dihasilkan melalui kaedah Platelet-Rich Plasma (PRP) melalui proses emparan. Suhu pemprosesan dan penyimpan komponen adalah antara 20 hingga 24 darjah Celsius bagi memastikan aktiviti sel dalam keadaan yang optimum.
Komponen granulosit ini diberikan kepada pesakit dalam tempoh 24 jam bermula daripada waktu kutipan darah tersebut bagi memastikan rawatan transfusi itu berkesan.
Sehubungan itu, PDN menyeru orang ramai tampil menderma darah di PDN atau mana-mana pusat kutipan darah di fasiliti KKM layak menerima pelbagai keistimewaan kesihatan.
Lokasi Derma Darah Di Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor
Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Suite Derma Darah PDN, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
Suite Derma Darah St. John Ambulance, IOI City Mall Putrajaya, Putrajaya
Suite Derma Darah St. John Ambulance, 1 Utama Shopping Centre, Selangor
Majis Selayang Baru
IMU Healthcare, Bukit Jalil
Ruang Legar Perpustakaan Darul Hikmah @UIAM Gombak


Untuk makluman lanjut, sila layari www.pdn.gov.my