Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas organ dalamannya pecah didakwa dipukul oleh ayah tirinya, lapor The Sun.
Organ dalamannya itu dipercayai pecah dan maut akibat pendarahan dalaman selepas dipukul dengan kejam oleh ayah tirinya yang berusia 34 tahun, kata mahkamah.
Hasil bedah siasat menunjukkan kanak-kanak itu mati kesakitan dan perlahan selepas usus kecilnya terkoyak dalam perutnya berikutan dipukul secara ganas.
Pihak polis yang menjumpai jasad kanak-kanak tersebut yang terbaring kaku di tempat tidurnya telah memberikan foto kepada mahkamah. Foto tersebut memaparkan perut mangsa yang bengkak teruk sambil tangannya berada dalam keadaan mengenggam pada matanya.

Postur badannya menunjukkan bahawa mangsa itu seakan sedang menangis menahan kesakitan sebelum meninggal dunia, lapor OM1.
Mangsa dilaporkan ditemui meninggal dunia di Presnovka, Rusia, pada Julai tahun ini.
Menurut polis, suspek telah menyerang mangsa di rumahnya selepas pulang dari minum minuman keras bersama rakannya.
Ibu kepada mangsa yang berusia 23 tahun dilaporkan tidak memeriksa keadaan mangsa selama lapan jam selepas kejadian itu.
Om1 melaporkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di katilnya sementara ibu dan ayah tirinya itu tidur di bilik sebelah.

Walaupun ibu mangsa menemui jasad anaknya itu sudah tidak bernyawa, dia dilaporkan tidak menghubungi petugas perubatan dan sebaliknya dia ‘mencuci dan menukar pakaiannya dengan pakaian yang bersih terlebih dahulu serta membersihkan pangsapurinya dan kemudian barulah menghubungi ambulans,’ tambah akhbar itu.
Ibu kepada empat anak itu kemudiannya menyatakan kepada media tempatan: “Saya datang kepadanya untuk mengejutnya dan meletakkannya ke mangkuk tandasnya namun tubuhnya sudah sejuk.
“Saya pergi menguruskan lembu ternakan, manakala suami saya dan anak saya itu tinggal di rumah. Anak perempuan bongsu kami turut berada di rumah pada ketika itu.
“Ketika saya meninggalkan bangsal, saya terdengar bahawa anak saya itu menangis. Saya masuk ke dalam rumah dan bertanya kepada anak saya apa yang berlaku.
“Dia tidak memberitahu saya apa-apa. Dia tidak mengalami lebam di badannya. Dia meminta minuman dan menyatakan bahawa dia mahu tidur.”
Pasangan tersebut terus memanggil perkhidmatan kecemasan beberapa jam selepas mayatnya yang lebam ditemui, ujar nenek kepada mangsa.
“Sekitar jam 6 pagi mereka mendapati bahawa kanak-kanak itu sudah meninggal dunia. Kemudian ibunya membersihkan jasadnya dengan kain basah dan menukar pakainnya.

“Dia kemudiannya membersihkan rumahnya dan hanya selepas itu barulah dia menghubungi ambulans. Dia berkata kepada paramedik bahawa anaknya itu terjatuh dari buaian.”
Seorang saksi wanita berkata: “Perut budak itu kembung. Matanya terbuka lebar dan tangannya berada dalam keadaan mengenggam. Dia mati kerana kecederaan yang menyakitkan.”
Ibu kepada mangsa pada mulanya cuba melindungi suspek, dengan mendakwa bahawa anaknya jatuh daripada buaian. Namun kemudiannya mengubah keterangannya itu kerana terdapat bukti yang kukuh, kata penyiasat.
Jawatankuasa Penyiasatan Omsk menyatakan bahawa pada malam 28 Julai, ‘ibu bapa budak lelaki itu telah minum minuman keras dengan rakan-rakan mereka.
“Ayah tirinya telah menendang mangsa kerana mangsa menangis.
“Mangsa mengalami keceraan parah pada organ dalamannya dan meninggal dunia.
“Ibu kanak-kanak itu, yang tahu tentang penderitaan yang dialami oleh anaknya tidak menghubungi perkhidmatan kecemasan dan tidak berusaha menolongnya.”
