Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Budak 7 Tahun Dah Pandai ‘Coding’, Mak Ayah Pastikan Anak Ada ‘Basic Skill’ Ni Sebelum Habis Sekolah

Azmil

Dunia sekarang makin mencabar, mencabar dari segi ekonomi dan tak kurang mencabar dari sudut nak dapatkan peluang kerjaya sesuai dengan bidang kita.

Kita kena bersaing dengan ribuan graduan segar yang sama bidang dengan kita. Lagi mencabar macam mana kita nak jadi lebih menyerlah berbanding calon lain depan bakal majikan?

Tambahan lagi, dengan kemajuan teknologi, kejuruteraan, termasuk dalam bidang seni, Malaysia sangat dahagakan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahirang tinggi dalam pelbagai bidang.

Kita tak boleh ketinggalan dengan negara-negara jiran yang semakin laju menginovasi pelbagai jenis gadjet, mesin dan hasil seni tangan yang bernilai di pasaran.

Sebab itu semua pihak perlu bersedia dari pelbagai aspek untuk terus melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan berdaya saing supaya pelbagai lagi produk hasil kerja dari anak tempatan boleh dihasilkan.

Kalau kita baca berita sekarang, budak 7 tahun pun dah mahir buat ‘coding’. Kita dulu 7 tahun, mungkin hanya pandai main game je tapi sekarang mereka dah pandai buat game sendiri pada usia sama.

Ibu bapa kena mainkan peranan pastikan kemahiran yang diperlukan anak-anak dapat disediakan. 3 kemahiran asas yang perlu adalah:

  1. Kemahiran Asas Microsoft Office Atau Google Workspace

Kemahiran menggunakan Word, Excel, Powerpoint, Google Doc, Google Slide dan sebagainya adalah keperluan asas untuk mula bekerja tak kira apa-apa bidang sekalipun.

Jika dari sekolah anak-anak sudah menguasai semua ini, tiada masalah untuk mereka menempuh alam universiti dan alam pekerjaan nanti.

2. Kemahiran Guna Aplikasi Sunting Video

Dalam dunia digital sekarang, dalam silibus sekolah menengah sekarang pun perlukan suntingan video pendek.

Ibu bapa boleh siap sediakan anak-anak dengan asas sunting video supaya bila melangkah ke universiti atau industri nanti anak-anak dah tak kekok nak edit video.

Tambahan pula, zaman sekarang adalah zaman video pendek seperti di TikTok, FB Reels dan YT Shorts.

Jika anak berminat dengan bidang-bidang TVET digital pun sangat bagus untuk ibu bapa galakkan anak-anak ceburi bidang yang mereka minat.

Kerajaan memang sedang serius bagi memperkembangkan pendidikan TVET di Malaysia.

Dalam Belanjawan 2026 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak RM7.9 bilion diperuntukkan kepada perkembangan TVET di Malaysia.

Dari jumlah tersebut, RM1.3 billion diperuntukkan kepada Institut TVET di bawah KPM bagi mendidik 79,000 penuntut TVET.

RM45 juta pula diperuntukkan kepada Majlis TVET Negara bagi memperkasa teknologi digital dan AI kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui program IPT@Komuniti.

RM3 billion lagi diperuntukkan kepada HRD Corp bagi menawarkan 3 juta peluang latihan terutamanya bagi sektor teknologi tinggi, digital dan perlaihan tenaga.

Ini jelas menunjukkan kerajaan Malaysia serius untuk memperkasakan bidang TVET bermula dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan membuka peluang pekerjaan kepada lepasan IPT Awam dan Swasta.

Selain itu, langkah ini bantu anak muda Malaysia bersedia hadapi dunia kerja baharu yang semakin dikuasai teknologi, dan pastikan generasi seterusnya tak ketinggalan dalam ekonomi digital.

Potensi Impak Di Masa Hadapan

Dengan komitmen kerajaan dalam melabur di bidang TVET ini mampu melahirkan tenaga-tenaga mahir dari anak tempatan dan Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada tenaga mahir dari luar.

Selain itu, bakal menarik pelaburan asing dari syarikat global kerana mereka lebih yakin apabila Malaysia sudah mempunyai tenaga kerja mahir dalam bidang digital.

Ia juga bakal membuka peluang perniagaan dan inovasi tempatan apabila ramai graduan TVET mula masuk dalam pasaran industri. Seterusnya, produk digital tempatan pun akan terus berkembang.

Bidang TVET bukan lagi bidang yang dipandang rendah sekarang, malah ia dikatakan berpotensi besar pada masa akan datang. Pelbagai peluang yang bakal diwujudkan sekiranya lebih ramai yang menceburi bidang ini. Tidak hairanlah jika kerajaan berbelanja besar di dalam bidang ini, kerana potensi impaknya sudah kelihatan sinarnya.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang usaha kerajaan dalam bidang TVET terutamanya daripada sokongan kewangan, boleh layari laman sosial atau laman web Kementerian Kewangan.