Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilapor sanggup menempuhi perjalanan sejauh 2,735 km dengan berjalan kaki dari Itali semata-mata untuk bertemu dengan neneknya yang berada di London.
Romeo Cox berpindah ke Sicily bersama ibu-bapanya pada tahun lepas, bagaimanapun dengan situasi COVID-19 yang melanda di kebanyakkan negara dan industri penerbangan lumpuh ketika ini membuatkan neneknya, 77, terpaksa menjalani perintah berkurung seorang diri dan Romeo tidak dapat terbang pulang semula ke London untuk menemaninya.
Romeo tidak melakukan perjalanan ini seorang diri, sebaliknya ditemani oleh ayahnya, Phil, 46. Malah, disepanjang perjalanan itu, mereka berjaya mengumpul lebih RM 69 ribu yang kemudian diagihkan kepada agensi menguruskan pelarian.
Mereka berdua memulakan perjalanan tersebut dari Itali pada 20 Jun, merentasi Switzerland dan Perancis sebelum tiba di London pada 21 September.
Romeo turut berkongsi gambar dimana mereka berjaya menjinakkan seekor keldai liar dalam pengembaraan tersebut.
Bagaimanapun, Romeo terpaksa menunggu 14 hari lagi sebaik tiba di London disebabkan perlu menjalani kuarantin terlebih dahulu sebelum bertemu neneknya.
Namun, penantian itu berbaloi apabila Romeo akhirnya dapat memeluk neneknya setelah sekian laman menanti dan gambar itu turut dikongsi di media sosial.
Sumber: Mirror UK