Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Bukan Isteri Tak Bagi, Tapi Berpada-Padalah Jangan Sampai Mengabaikan Dia Dan Anak-Anak,” Teguran Buat Suami Yang Suka Utamakan Hobi Dari Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Perkahwinan merupakan sebuah ikatan suci dan tentunya ‘simpulan’ yang ideal menjadi idaman setiap orang. Namun kita sebagai manusia tidak sempurna, kita diciptakan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain. Sebuah perkahwinan bukan sahaja memerlukan cinta tapi ia memerlukan komunikasi, kepercayaan dan kerjasama.

Gambar : The Wedding Scoop

Menurut pakar psikologi, Raymond Knee menyatakan bahawa setiap pasangan mempunyai kekurangan dan perselisihan yang berlaku walaupun terlihat ‘kecil’ ia mampu memberi impak yang sangat besar kepada sesuatu hubungan itu. Kadang-kadang punca mereka bergaduh hanya disebabkan pasangannya tidak menyelesaikan tugasan rumah seperti mengemas atau membasuh pinggan.

Raymond turut menjelaskan bahawa hubungan yang berjaya dan mampu bertahan dalam masa yang lama adalah apabila kedua pasangannya saling bertolak ansur, bekerjasama menjalankan komitmen dan saling menghargai . Firdaus Shakirin, salah seorang pengguna Facebook telah memuatnaik hantaran yang ‘menyentak’ orang ramai tentang realiti alam perkahwinan.

Firdaus dalam hantarannya itu cuba memberi analogi kepada masyarat tentang betapa pentingnya perhargaan dan kerjasama dalam sebuah perkahwinan. Menurutnya :

Kita sebagai suami ni, kadang-kadang kita tak sedar ada perkara yang kita buat, yang isteri tak suka.

Cuba kita tukar tempat, isteri buat apa yg selalu kita buat. Apa jadinya.

Kita balik keje, tgok isteri kat ruang tamu. Kita g dapur buka tudung, xde makanan, baju penuh dalam mesin basuh, rumah berselerak. Kita tanya isteri,

Gambar Hiasan

Isteri jawab,

Kita tengah makan, isteri cakap,

Kita tengah relax-relax tengok tv, isteri cakap,

Ujung minggu, sedap-sedap tengah baca paper, isteri pakai helmet, jaket kulit, seluar jeans. Kita tanya,

Isteri jawab,

What? Apa kita rasa?

Kita mesti nak dia duduk rumah dengan kita kan. Jaga anak, spend time sama-sama, buat keje rumah sama-sama, keluar jalan sama-sama, bersiar-siar dan sebagainya.

Mcm tu la yg isteri rasa. Bukan dia tak bagi kita main game, bukan dia tak bagi kita melepak, berkonvoi ride motor bagai tu tapi berpada-padalah. Jangan smpai kita melebihkan dan mengutamakan aktiviti luar lebih dari dia dan anak2. Dia pun perlukan kita dirumah walaupun tak buat apa2 tapi cukup sekadar ADA dirumah dengannya. Janji ada. Tu je.

Tak susah pun kan.

Rujukan

H. Patrick, CR Knee, A Canevello, C Lonsbary. (2007).

The role of need fulfillment in relationship functioning and well-being: A self-determination theory perspective.

Journal of personality and social psychology 92 (3), 434

Sumber : Firdaus Shakirin