Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Semua Boleh Terbang, Kenali Jenis Lipas Boleh Dan Tak Boleh Terbang

Aqmal Ezany
Gambar Hiasan via Google

Lipas sememangnya akan mencetuskan rasa panik pada segelintir orang yang fobia sekiranya ternampak serangga ini. Jika terjumpa dengan lipas yang biasa pun boleh mencetuskan rasa takut, apatah lagi dengan lipas yang berkebolehan terbang.

Untuk mengurangkan fobia anda dengan serangga ini, anda perlu kenali terlebih dahulu jenis-jenis lipas yang boleh terbang dan tidak boleh terbang. Berikut adalah jenis-jenis lipas yang boleh terbang dan tidak boleh terbang:

Lipas yang boleh terbang:

American Cockroach

Menurut ORKIN, spesis ini lazimnya menggunakan sayapnya untuk melungsur. Saiz lipas dewasa jenis ini boleh mencapai sehingga 50mm (3 inci) panjang. Warnanya pula adalah merah keperangan. Sebuah portal detikINET juga menyatakan bahawa spesis ini hanya boleh terbang dengan jarak pendek sahaja.

Smokybrown Cockroach

Menurut ORKIN, lipas jenis ini merupakan spesis yang paling berkebolehan terbang kerana mempunyai sayap yang merangkumi bahagian badannya. Saiz lipas ini juga boleh mencapai sehingga 38 mm panjang. Lipas dewasa bagi spesis ini mempunyai rupa yang berkilat dan berwarna hitam. Lipas ini juga aktif di waktu malam.

Lipas jantan yang boleh terbang lazimnya akan tertarik dengan cahaya.

Lipas yang tidak boleh terbang:

German Cockroach

Lipas dewasa jenis ini sangat mudah dikenali warna coklat atau tan berwarna gelap serta dua garisan hitam yang menjalur di bahagian belakang kepalanya. Saiz dewasa lipas ini pula boleh mencapai sehingga 13-16 mm. Walaupun spesis ini mempunyai sayap, ianya jarang terbang dan lebih memilih untuk berlari.

Oriental Cockroach

Terdapat dua jenis rupa bagi lipas spesis ini.

Jantan: Saiz bagi lipas jantan jenis ini boleh mencapai sehingga 25 mm panjang secara maksimum. Sayapnya pula hanya tiga suku panjang daripada badannya. Warnanya pula adalah hitam berkilat hingga coklat kemerahan.

Betina: Saiz bagi lipas betina jenis ini boleh mencapai sehingga 32 mm panjang secara maksimum. Lipas ini pula tidak bersayap. Manakala warnanya pula adalah hitam berkilat hingga ke coklat-kemerahan gelap.

Sumber: detikINET/ORKIN