Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Setakat Barangan Harian, 99 Speedmart Kini Jual Perkakas Elektrik Midea

99 Speed Mart
Kredit: Midea

Bukan Setakat Barangan Harian, 99 Speedmart Kini Jual Perkakas Elektrik Midea

Orang ramai kini boleh mendapatkan barangan perkakas elektrik Midea di 99 Speedmart susulan pemeteraian kerjasama antara kedua-dua syarikat itu.

Menurut Midea, Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 99 Speedmart telah dimeterai pada Rabu.

Kredit: Midea

“Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah menjayakan kerjasama ini.

“Kami komited membawa rangkaian perkakas elektrik rumah kecil Midea lebih dekat kepada rakyat Malaysia, sekali gus menjadikan kehidupan harian lebih mudah, praktikal dan selesa,” katanya.

Kredit: Midea

Midea turut berharap kerjasama tersebut akan terus berkembang, memberi manfaat kepada lebih banyak komuniti serta mencipta nilai yang lebih besar dalam kehidupan seharian.

Antara barangan elektrik yang tersedia ialah pengisar, periuk nasi, dapur gas dan pemanas air.

Sumber:Midea
Intipati
  • Midea memeterai MoU dengan 99 Speedmart pada Rabu bagi menjalin kerjasama jualan.
  • Kerjasama itu membawa perkakas elektrik rumah kecil Midea lebih dekat kepada pengguna Malaysia.
  • Antara produk tersedia termasuk pengisar, periuk nasi, dapur gas dan pemanas air.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan