Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KOTA KINABALU, 31 Mac – Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) telah berjaya menamatkan Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2023 dengan penyertaan lebih 6,000 wanita menerusi tiga belas program yang diadakan sepanjang bulan itu.
Pada majlis penutup yang diadakan di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, YB Tuan Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyeru agar semua pihak yang berkepentingan untuk bekerjasama dalam mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan saksama selaras dengan tonggak Malaysia MADANI.
Majlis penutup tersebut diadakan bersempena sesi agihan bubur lambuk kepada 300 pelajar Universiti Malaysia Sabah, serta penyampaian sumbangan Ramadan kepada Rumah Amal Kasih Kingfisher termasuklah 30 orang anak-anak asuhan rumah tersebut.
Program WEM 2023 yang berfokus itu, bertujuan bagi mempersiapkan wanita dari semua latar belakang sebelum mengambil langkah seterusnya dalam kehidupan dan kerjaya mereka, serta meraikan pencapaian pendukung wanita di Malaysia.
Majlis tersebut turut dihadiri Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Mohd. Amril Mohd. Junid, Naib Presiden Kumpulan TalentCorp.