Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
BULI IBU BAPA MRSM
Gambar: Bernama
Buli: Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Mahu Saman

Iqbal Yasir

Buli: Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Mahu Saman

KUALA LUMPUR — Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ada ibu bapa yang anak-anak mereka dibuang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana kes buli ingin memfailkan saman terhadapnya.

Perkara itu dikongsikannya dalam satu muat naik di Facebook rasmi miliknya hari ini.

“Bring it on!” – Dr Asyraf Wajdi

“Saya dimaklumkan ada ibubapa yang anak-anaknya dibuang MRSM kerana kes BULI nak saman saya dan MARA. Saya katakan ‘Bring it on!’ ” katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau menegaskan bahawa mahu menjaga keselamatan majoriti pelajar di institusi berkenaan daripada menjadi mangsa buli.

“Saya nak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng. #YouTouchYouGo” katanya.

Terdahulu pada Julai, beliau memaklumkan enam pelajar Tingkatan Lima di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Melaka digantung dan dicadangkan dibuang selepas didakwa terlibat dalam kejadian buli.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman sosial Facebook rasmi milik beliau hari ini.

“Pagi-pagi lagi ramai tag perihal insiden buli yang berlaku di salah sebuah MRSM di Melaka. Terus saya minta laporan dari pengurusan MARA.

“6 pelajar T5 terlibat buli digantung dan dicadang untuk dibuang. Tak perlu merayu. #YouTouchYouGo,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau dalam ruangan komen turut menegaskan bahawa pihak pengurusan MARA tidak melayani sebarang rayuan melibatkan kes buli.

“Saya sudah tegaskan kepada pihak pengurusan MARA, bahawa jangan dilayani sebarang rayuan. Bahkan tidak perlu juga bersusah payah nak berjumpa saya untuk merayu.

“Sudah banyak kali diperingatkan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk BULI.

“Yang kita nak lahirkan generasi pemimpin berakhlak dan beradab bukan petualang yang meranapkan nilai keagamaan dan ketamadunan.

“Saya berazam menjadikan MRSM dan institusi-institusi Pendidikan MARA sebagai zon Bebas BULI, insyaAllah,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki