Burger King Malaysia Raikan Merdeka Dengan Signature Whopper Pada Harga RM6.90
Sempena Hari Merdeka ini, Burger King Malaysia meraikan rakyat Malaysia dengan salah satu menu ikoniknya, Signature Whopper, yang ditawarkan pada harga RM6.90 secara à la carte untuk satu hari sahaja pada 31 Ogos 2026.
Bagi menyambut sambutan Merdeka ke-69, tawaran istimewa ini memberi peluang kepada peminat untuk menikmati Whopper, burger ikonik Burger King yang dipanggang sempurna secara flame-grilled, pada harga istimewa ketika seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyambut kemerdekaan.
Di sebalik keistimewaan burger ikonik ini ialah burger bersaiz 5 inci dengan patty 100% daging lembu yang dipanggang secara flame-grilled, dilengkapi hirisan bawang, tomato segar, daun salad rangup dan jeruk timun, susunan bahan yang telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama.
RM6.90, Untuk Satu Hari Sahaja
Pada 31 Ogos 2026, Signature Whopper boleh dinikmati pada harga RM6.90 secara à la carte melalui dine-in, kiosk, takeaway dan pandu lalu di restoran Burger King Malaysia yang mengambil bahagian di seluruh negara. Pelanggan yang membeli mana-mana set hidangan, tidak termasuk item promosi, turut boleh menikmati Kaya Pandan Pie dan minuman ringan pada harga RM6.90.

Whopper Ikonik, Sambutan Bersama
Whopper telah menjadi antara menu ikonik Burger King selama beberapa dekad, dengan 100% daging lembu yang dipanggang secara flame-grilled yang menjadikannya kegemaran rakyat Malaysia merentas generasi. Sempena Merdeka ini, Burger King Malaysia meraikan sambutan bersama menerusi kegemaran yang telah lama dikenali ramai, dengan satu hidangan pada satu harga untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.
Menyatukan Rakyat Malaysia dengan Whopper
“Selama beberapa dekad, Whopper yang dipanggang secara flame-grilled telah mendapat tempat istimewa di hati pencinta makanan di Malaysia. Sambutan Merdeka ke-69 bukan sekadar satu pencapaian buat negara, tetapi juga peluang untuk kami menghargai pelanggan dengan menawarkan Signature Whopper pada harga Istimewa, supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmatinya bersama di seluruh negara,” kata Leong Huey Ying, Ketua Pemasaran, Burger King Malaysia. “Pada harga RM6.90 pada 31 Ogos ini, kami berharap dapat membawa rakyat Malaysia Bersama-sama meraikan Merdeka dengan satu kegemaran yang telah lama dikongsi.”
Cara Mendapatkannya
Tawaran ini sah pada 31 Ogos 2026 sahaja di cawangan Burger King Malaysia yang mengambil bahagian di seluruh negara, melalui dine-in, kiosk, takeaway dan drive-thru. Tawaran ini tidak sah di cawangan lapangan terbang, Medini Mall, Sunway Lagoon, Mitsui Premium Outlets, Genting Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.
Pelanggan juga boleh mendapatkan Kaya Pandan Pie dan minuman ringan pada harga RM6.90 sebagai tambahan dengan pembelian mana-mana hidangan, tidak termasuk item promosi.Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Burger King Malaysia di Facebook dan Instagram.
