Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penggemar skincare berpeluang menyertai pengalaman kecantikan yang unik apabila By Wishtrend menganjurkan pop-up imersif pertamanya, Gate to Glow, di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid dari 4 hingga 7 Disember 2025.
Mengambil inspirasi daripada keterujaan “touchdown” dari Korea ke Malaysia, ruang pop-up tersebut telah diubah menjadi lokasi bertema lapangan terbang dengan pelbagai zon interaktif, aktiviti eksklusif dan peluang mencuba sendiri rangkaian inovasi penjagaan kulit yang menekankan kulit sihat dan glowing.
Pop-up tersebut menampilkan konsep skin positivity dimana pengunjung berpeluang mencuba rangkaian produk pilihan By Wishtrend yang dikenali dengan formulasi ringkas, berkesan serta transformasi kulit yang menyeronokkan.
Pore Smoothing Bakuchiol SunstickProduk No.1 Bakuchiol Sun Stick di Malaysia, ini menggabungkan perlindungan SPF50+ PA++++ dengan manfaat penjagaan kulit.
Keistimewaan:
10,000 ppm Bakuchiol untuk melembutkan pori & anti-penuaan
Tekstur ringan, tidak melekit
Tiada white cast
Kemasan soft-matte seperti primer
Stick twist-up yang mudah dibawa
Keputusan klinikal menunjukkan:
45.9% pengurangan volum pori
14.6% peningkatan tekstur kulit dalam 2 minggu
Pernah memenangi “Best New Product – Powder Room, May 2024”
1. Green Tea & Enzyme Milky Foaming WashPembersih harian yang menghidrat, menenangkan dan membersihkan kulit tanpa mengeringkan.



2. Green Tea & Ceramide Calming Toner Pad Pad toner dengan Green Tea Extracts, PDRN, Ceramide Complex, Niacinamide dan Hyaluronic Acid yang membantu menenangkan iritasi, menguatkan skin barrier dan memberi kesegaran. Ia direka dalam bentuk pad dwi-guna untuk kawasan seperti bawah mata atau sekitar mulut. Produk ini turut teruji secara klinikal untuk mengurangkan suhu kulit dan menjadikan kulit lebih licin.

Mandelic Acid Gentle Exfoliating Toner (150 ml)Toner AHA lembut yang membantu membuka pori tersumbat, meratakan tekstur dan mencerahkan kulit secara berperingkat.

Secara keseluruhan, pop-up Gate to Glow By Wishtrend berjaya memberikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan sambil menekankan kepentingan penjagaan kulit yang mudah dan berkesan. Pengunjung bukan sahaja dapat mencuba produk-produk best-seller mereka, tetapi turut merasai sendiri inovasi dan manfaat setiap rangkaian. Pop-up ini membuktikan bahawa By Wishtrend terus menjadi jenama pilihan peminat skincare di Malaysia yang mahu kulit berseri, sihat dan positif.