Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Campus Cantik Bakal Mewarnai The Campus Ampang, Diperkasa Oleh Guardian Malaysia

Campus cantik campus ampang
Kredit: KL Beauty Week

Campus Cantik Bakal Mewarnai The Campus Ampang, Diperkasa Oleh Guardian Malaysia

KUALA LUMPUR – Acara pop-up kecantikan bakal memeriahkan The Campus Ampang hujung minggu ini.

Campus Cantik bakal berlangsung dari 12 hingga 14 Disember 2025 dengan membawakan konsep kecantikan, penjagaan diri, kesejahteraan dan penjagaan dari cahaya matahari dalam suasana bertemakan ‘Kembali Ke Sekolah’.

Bermula dari 10 pagi hingga 10 malam, acara ini bakal diadakan di Assembly Hall, The Campus Ampang.

Menjadi tumpuan komuniti Ampang, The Campus Ampang merupakan lokasi ideal bagi mereka yang aktif dan menjaga kesihatan kulit.

Dengan rakyat Malaysia yang semakin banyak meluangkan masa di luar, Campus Cantik memberi penekanan terhadap kepentingan penggunaan pelindung matahari setiap hari, serta penjagaan kulit ketika berada di bawah cahaya matahari.

Sebagai kesinambungan kepada Minggu Kecantikan Antarabangsa Kuala Lumpur, Campus Cantik menghimpunkan peminat produk kecantikan dan pelbagai jenama dalam satu ruang bagi meneroka pelbagai jenis produk.

Pelbagai reruai kecantikan, aktiviti kesejahteraan, pengalaman interaktif serta pelbagai lagi aktiviti menarik menanti pengunjung.

The Campus Ampang: Pusat Komuniti Sukan Dan Gaya Hidup Sihat

Acara ini bakal berlangsung di sebuah pusat komuniti yang terkenal dengan fasiliti sukan dan gaya hidup aktif.

The Campus Ampang dilengkapi gelanggang padel, studio pilates, gelanggang bola keranjang, kolam renang, padang bola sepak dan gimnasium yang lengkap, menjadikannya tempat yang sesuai untuk penganjuran acara kecantikan dan kesejahteraan.

Dengan fokus terhadap gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan rutin harian penjagaan diri, The Campus Ampang menyediakan latar terbaik bagi membawa mesej penting kepada pengunjung, ‘kepentingan penjagaan kulit di bawah cahaya matahari’.

Sama ada perlindungan atau penjagaan selepas terdedah kepada cahaya matahari, pengunjung bakal diperingat untuk memberi perhatian berterusan terhadap kesihatan kulit.

Kredit: KL Beauty Week

Aplikasi Loyalti Guardian Dengan Tawaran Eksklusif

Sebagai rakan kecantikan rasmi, Guardian Malaysia akan mengetengahkan aplikasi loyalti mereka sepanjang acara ini berlangsung.

Pengunjung yang memuat turun aplikasi guardianMY dan mendaftar sebagai ahli MYguardian Rewards akan menikmati tawaran eksklusif, diskaun khas dan keistimewaan yang hanya ditawarkan di Campus Cantik.

Pengunjung bakal disajikan dengan pengalaman membeli-belah yang lebih berbaloi di samping mendapat akses segera penjimatan serta cadangan produk yang bersifat lebih peribadi.

Tidak hanya itu, MYguardian Rewards turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik sepanjang penganjuran acara termasuk beg membeli-belah Guardian percuma dengan setiap pembelian.

Pengunjung turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan kulit secara percuma untuk pendaftaran ahli baharu atau pembelian melebihi RM38.

Malah, khidmat membalut hadiah, mewarnakan kuku dan khidmat ukiran percuma juga ditawarkan bagi pembelian RM80 dan ke atas.

Selain itu, acara kali ini turut menawarkan bagasi Guardian secara percuma bagi pembelian melebihi RM300.

Ahli baharu juga akan menerima 10X Mypoints bagi pembelian pertama, kupon alu-aluan bernilai RM250 dan ganjaran eksklusif lain.

Sementara itu, pembelian daripada semua jenama Guardian akan menerima tambahan 50 MYpoints, bersamaan pulangan tunai RM25 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan sepanjang acara berlangsung. Tertakluk kepada jenama yang mengambil bahagian sahaja.

Jenama Kecantikan Di Campus Cantik

Campus Cantik disokong oleh barisan jenama kecantikan terkenal termasuk Round Lab, Dai Chun Lin, NACIFIC, VT COSMETICS, Glad2Glow, dododots, LUMI Beauty, Vaseline, joi, BANANA BOAT, HANASUI, barenbliss, Mykonos, Sukka Perfumes, Joy.Ria, mannings guardian, ALAIA, ADORE, Retro Nails, Sace Lady, Cathy Doll, Hanuel, Muuka, Trinley, Szindore Women, Roro, Roar, Woots Skin, Wet & Wild, Velvet Vanity, Joseristine, Masmuqa, Malaya Garden, Pure Glow, Huthan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi https://klbeautyweek.com/ atau akaun Instagram dan TikTok @KLbeautyweek.