Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cantik, Atlet Hoki Kebangsaan Kongsi Barangan Rasmi Kit Sukan SEA Thailand 2025
Sukan SEA Thailand 2025 telah bermula sejak semalam dengan meriahnya majlis pembukaan yang diadakan di Stadium Nasional Rajamangala.
Acara yang turut dihadiri Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Thailand Suthida, diteruskan dengan segmen ‘We Are One – Connected by the SEA’.
Malaysia menghantar 1,142 atlet disertai 515 pegawai bagi Sukan SEA 2025, manakala APG 2025 melibatkan 236 atlet dan 117 pegawai.
Kontinjen Malaysia hadir untuk menyertai pelbagai acara sukan, dengan misi mempamerkan prestasi cemerlang dan membawa pulang pingat untuk negara.
Negara turut menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna, dengan beberapa acara sukan telah bermula sejak minggu ini.
Momen ini sudah tentunya tidak ingin dilepaskan oleh mereka termasuk Nuraslinda Said, salah seorang kontinjen negara yang berkongsi video “unboxing” kit sukan yang diterima para atlet, baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @wanitabermisai di TikTok, penyerang hoki wanita negara ini menunjukkan kesemua kelengkapan yang diterimanya sebelum temasya itu berlangsung.
“Hari ini kita akan ‘unboxing’ barang-barang Sukan Sea 2025. Pertama kita dapat kasut Skechers warna hitam, dapat bag, topi, t-shirt berkolar dan seluar.
“Saya juga dapat bag galas dan untuk latihan dapat dua helai baju latihan daripada Mizuno, seluar pendek, skirt, stokin panjang berwarna kuning dan merah serta kasut,” kongsi Nuraslinda.
Dalam pada itu, atlet berkenaan juga sempat mencuba beberapa kelengkapan sukan tersebut dengan perasaan yang begitu teruja untuk beraksi di pentas sukan yang hanya berlangsung dua tahun sekali itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji kecantikan jersey skuad kebangsaan negara yang bakal berentap tidak lama lagi.
Dalam masa yang sama, ramai yang terkejut melihat kelengkapan lengkap yang diterima atlet terbabit.
Malah, mereka turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kontinjen itu melakukan yang terbaik.
Sumber: @wanitabermisai