Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Tak Pernah Rasa Bosan,” Lelaki Indonesia Akui Sering Ke Malaysia Sebab Perkara ‘Ini’
Malaysia sering menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.
Keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya serta keunikan makanan tempatan menjadikan negara ini tarikan utama di rantau Asia Tenggara.
Selain itu, Malaysia turut menawarkan pelbagai pilihan pengangkutan awam yang memudahkan pelancong untuk meneroka setiap sudut negara ini dengan mudah dan selesa.
Dari sistem kereta api moden di Kuala Lumpur hingga perkhidmatan bas yang menghubungkan bandar-bandar utama dan destinasi pelancongan, pengangkutan awam di Malaysia direka untuk memberi pengalaman yang menyenangkan, cepat dan mesra bajet.
Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial mencuri tumpuan ramai apabila seorang lelaki warga Indonesia mendedahkan dia kerap mengunjungi Kuala Lumpur.
Menerusi sebuah perkongsian @nikkoilham di Threads, lelaki berkenaan memuji keindahan bandar itu dan berkata dia tidak pernah jemu setiap kali menjejak kaki ke sana.
“Walaupun dah selalu sangat pergi Kuala Lumpur, saya tak pernah rasa bosan dengan bandar ini
“Pengangkutan awam yang semua saling bersambung. Laluan pejalan kaki yang mesra pengguna. Udara pun bersih. Dan banyak lagi benda menyenangkan dekat sini,” katanya.
Selain itu, orang ramai kini boleh bergerak ke mana-mana dengan mudah berkat pelbagai pilihan pengangkutan selain teksi.
“Bayangkan, dari lapangan terbang anda boleh pergi mana-mana guna pengangkutan awam (tren/bas) tanpa perlu naik teksi langsung.
“Nak ke pusat beli-belah, kawasan perniagaan, pusat kerajaan, kawasan perumahan, malah ke galeri seni sekali pun semua boleh dicapai dengan pengangkutan awam,” ujarnya lagi.
Dalam perkongsian lain, beberapa warga Indonesia turut bersetuju dengan pendapat @nikkoilham dan memuji suasana Kuala Lumpur yang tenang dan tersusun.
Difahamkan, mereka gemar ke Kuala Lumpur kerana bandar ini bersih, hijau dan dipenuhi pokok-pokok, menjadikannya suasana yang menyegarkan dan menyenangkan untuk dikunjungi.

Sumber: @nikkoilham via Threads