Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Canva Alami Gangguan Global

canva alAmi gangguan global
Kredit: Canva

Platform reka bentuk grafik dalam talian, Canva mengalami gangguan pada Khamis, menjejaskan sebahagian pengguna di peringkat global.

Canva, dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya memaklumkan bahawa gangguan tersebut melibatkan sebilangan pengguna tidak dapat memuat naik media ketika menggunakan perkhidmatan platform tersebut.

Menurut laman penjejak gangguan, Downdetector, gangguan tersebut bermula sekitar jam 12.02 GMT.

Kira-kira 64 peratus pengguna melaporkan mengalami masalah untuk menyunting, termasuk memuat naik gambar.

Dalam perkembangan terkini, gangguan tersebut telah diselesaikan.