Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Buat Pes Tomyam "Homemade", Jimat & Tiada Bahan Pengawet

Cara Buat Pes Tomyam
Kredit: FB Norashikin Hasan via MAHN

Cara Buat Pes Tomyam "Homemade", Jimat & Tiada Bahan Pengawet

Sebut sahaja pasal tomyam, pasti ramai yang menggemarinya. Tambahan lagi dengan rasanya yang masam, manis, pedas dan menyegarkan itu, pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Bukan itu sahaja, biasanya tomyam sering dipadankan dengan sepinggan nasi putih berserta telur dadar. Malah, ada juga yang mencampurkan mi, bihun atau pasta ke dalamnya.

Antara bahan utama yang diperlukan untuk memastikan tomyam kita sedap ialah pesnya. Biasanya, pes tomyam boleh didapati di kedai runcit atau pasar raya.

Tapi, apa kata kalau anda cuba buat sendiri pes tomyam anda di rumah. Selain rasanya yang sudah tentu sedap, cara ini juga lebih menjimatkan.

Oleh itu, SK akan kongsikan resipi pes tomyam homemade yang dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebbok, Norashikin Hasan menerusi kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Ikuti perkongsiannya di bawah.

Bahan-bahan Pes Tomyam

  • 2 biji bawang besar

  • 2 biji bawang besar

  • 4 batang serai

  • 2 biji cili hidup merah

  • 5 hiris lengkuas

  • 7 helai daun limau purut

  • 4 sudu makan udang kering

  • 10 ekor ikan bilis

  • 4 inci belacan bakar

  • 3 sudu cili kering yg dah siap kisar

  • Air asam jawa, gula perang, garam asli

Cara penyediaan

Mula-mula, masukkan kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula ke dalam pengisar.

Kredit: Norashikin Hasan via MAHN

Kemudian, kisar bahan tersebut sehingga ia separa lumat.

Kredit: Norashikin Hasan via MAHN

Langkah seterusnya, anda boleh mula panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Ingat, pastikan api perlahan sahaja bagi mengelakkan bahan tumisan tadi hangit.

Setelah bahan tumisan tadi pecah minyak, masukkan pula air asam jawa dan gula perang. Kemudian kacau sebati. Selepas itu tutup api serta masukkan garam asli dan biarkan ia sejuk.

Ujar Norashikin lagi, garam asli digunakan kerana ia bersifat detox dan mampu membuang toksin berlebihan dalam badan,

Setelah pes tadi agak suam, anda boleh masukkan ke dalam botol atau bekas yang sesuai untuk disimpan. Untuk pastikan pes tomyam tersebut tahan lama, anda boleh simpan dalam peti sejuk.

Kredit: Norashikin Hasan via MAHN

Jadi, lepas ni, anda boleh gunakan pes ini sebagai bahan untuk hidangan tomyam anda. Selamat mencuba!