Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rasa Macam Makan Kat Kedai, Ini Resipi Ayam Kam Heong Mudah & Sedap

resipi ayam kam heong
Kredit: Dani J Tung via MAHN

Rasa Macam Makan Kat Kedai, Ini Resipi Ayam Kam Heong Mudah & Sedap

Bila sebut sahaja menu berasaskan ayam, sudah tentu ramai yang meminatinya. Tambahan lagi, ayam juga merupakan salah satu bahan yang mudah diolah kepada pelbagai menu yang lain.

Bukan itu sahaja, ia juga digemari oleh ramai orang tanpa mengira usia.

Dari menu seperti ayam goreng, hingga menu-menu lain seperti ayam bakar, ayam percik dan sebagainya, semuanya pasti mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Namun, sekiranya menu yang disajikan itu sama setiap minggu, ia mungkin akan membuatkan kita bosan.

Jadi, mungkin anda boleh cuba resipi ayam kam heong yang dikongsi oleh Dani J Tung melalui kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya di bawah.

Bahan-bahan ayam kam heong

Bahan A

  • 1/2 ekor ayam, peha dan isi dada, cuci bersih dan toskan

  • Buang tulang pada bahagian peha dan potong menjadi ketulan kecil

Bahan B

  • 6 ulas bawang merah kecil atau 1 biji bawang merah besar dihiris halus

  • 5 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang kasar

  • 1 sudu besar serbuk kari

  • Cili padi secukupnya

  • Sedikit udang kering

  • Sedikit halia dilumatkan

  • Daun kari

  • Sos tiram

  • Kicap manis

  • Sos cili

  • Sedikit gula

  • Sedikit garam

Cara penyediaan

Mula-mula, perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga ia separuh masak dan ketepikan.

Selepas itu, ambil minyak goreng ayam tadi dalam tiga hingga empat sudu dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia, udang kering sehingga naik bau dan keperangan.

Seterusnya, masukkan pula serbuk kari dan sedikit air lalu kacau sebati.

Kemudian, masukkan pula sos tiram dan kicap manis. Anda juga boleh masukkan kicap pekat sekiranya mahu.

Kredit: Dani J Tung

Masukkan juga sedikit sos cili dalam satu sudu besar. Kacau sebati dan sekiranya ia kering, boleh tambah dua hingga tiga sudu air.

Selepas itu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata. Sebelum anda masukkan garam dan gula, rasa terlebih dahulu.

Kredit: Dani J Tung

Akhir sekali, kacau rata sehingga ayam cukup masak dan kesemua rasa meresap masuk. Ayam kam heong anda siap dan boleh dihidang.