Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Cara Chef Potong Sayur, Boleh Simpan & Masih Segar Lepas 4 Hari
Memasak bukanlah satu tugas yang mudah dan melibatkan pelbagai proses yang perlu dibuat sebelum juadah siap dihidangkan.
Antara proses yang perlu dilalui adalah seperti membeli bahan mentah, mencuci dan menyediakan bahan mentah, memasak dan seterusnya perlu mencuci bekas-bekas yang digunakan.
Salah satu proses yang memakan masa yang lama adalah fasa menyediakan bahan mentah seperti menghiris bahan tumis dan memotong sayur.
Ada kalanya, kita akan terfikir, kalaulah kita dapat memotong semua sayur kepada bahagian-bahagian kecil dalam satu masa.
Hasil potongan sayur yang tidak digunakan dalam masakan akan disimpan dan digunakan pada masakan seterusnya, tentu senang bila nak masak nanti, kan?
Selain menjimatkan masa, lebihan sayur yang dipotong juga tidak perlu dibazirkan.
Namun, jika sayur-sayuran dihiris awal, ada masalah yang lain pula. Biasanya, sayur-sayur ini tidak dapat bertahan lama dan mungkin rosak sebelum digunakan semula.
Walaupu disimpan dalam peti sejuk, sayur-sayur yang sudah dipotong awal mungkin menjadi lembik dan berair.
Chef Nizam Ibrahim (@niezameibrahim) berkata, terdapat cara untuk membolehkan sayur yang sudah dipotong bertahan sehingga empat hari.
Sebelum menunjukkan kaedahnya, Chef Nizam telah menunjukkan sayur yang telah dipotongnya sebelum ini.
Antaranya adalah hirisan daun bawang yang sering digunakan sebagai hiasan untuk memberikan seri pada juadah.
Hirisan daun bawang yang kelihatan masih segar dan berderai ketika diambil itu sebenarnya telah dipotong empat hari lepas.
Dengan kaedah penyediaan yang betul, sayuran yang dipotong dapat disimpan dan berada dalam keadaan segar dalam jangka masa yang lama.
Pertama sekali, sayur-sayur yang dibeli perlu dibersihkan dengan air biasa. Pastikan tempat yang digunakan untuk membasuh sayur-sayuran tidak mengandungi sebarang minyak.
Rendam sayur-sayuran di dalam air bersuhu bilik dan basuh sehingga bersih. Selepas dibasuh, letakkan sayur-sayuran di atas meja dan keringkan dengan menggunakan kipas angin.
Sayur-sayuran boleh dipotong selepas didapati kering secara sepenuhnya. Namun begitu, anda perlu memastikan pisau yang digunakan untuk memotong berada dalam keadaan betul-betul tajam.
Pisau yang tajam dapat mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas sayur. Jika mata pisau tumpul, tekanan ke atas sayur ketika menghiris akan meningkat.
Keadaan itu boleh menyebabkan lebih banyak cecair dalam sayur keluar. Sayur-sayur yang dihiris kemudian menjadi lebam, lembik dan berair.
Lama kelamaan, sayur akan berbau busuk dan meninggalkan bau kurang enak dalam peti ais.
Bagi penyimpanan pula, alaskan beberapa helai tisu pada dasar bekas simpanan dan renjiskan air pada tisu berkenaan.
Menurut Chef Nizam, kaedah penyimpanan ini dapat memastikan sayuran potong dalam keadaan segar antara tiga hingga empat hari.
Selamat mencuba.
BACA: Jangan Panik “Roadtax” Mati, “Renew” Dekat MyJPJ Sekelip Mata
Sumber: @niezameibrahim via TikTok