Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Cara Mudah Bertukar ke Skim ToU Menggunakan Aplikasi myTNB
Bagi mereka yang ingin mengurus penggunaan elektrik dengan lebih bijak dan pada masa yang sama menjimatkan kos bil bulanan, pertukaran kepada Skim Time-of-Use (ToU) kini boleh dilakukan dengan lebih mudah melalui aplikasi myTNB.
Dengan kemudahan ini, pelanggan tidak perlu lagi pergi ke pejabat TNB atau menunggu proses manual yang memakan masa. Sebaliknya semua boleh dilakukan hanya melalui telefon pintar.
Proses pertukaran skim ini amat sesuai untuk rumah dan perniagaan yang corak penggunaan elektriknya berubah-ubah sepanjang hari. Ia membolehkan pelanggan menyesuaikan penggunaan elektrik mengikut kadar yang lebih menjimatkan dan efisien.
Skim Time-of-Use (ToU) ialah satu sistem tarif elektrik yang menetapkan kadar bayaran berbeza mengikut waktu penggunaan. Dalam skim ini, elektrik dikategorikan mengikut tiga tempoh masa utama iaitu waktu puncak, waktu sederhana dan waktu malam, yang masing-masing mempunyai kadar caj berbeza.
Konsep ini direka untuk menggalakkan pengguna menyesuaikan penggunaan elektrik mereka pada waktu kadar rendah seperti waktu malam atau luar waktu puncak yang bertujuan untuk menjimatkan kos bil bulanan.
Dengan memahami dan menggunakan skim ini dengan bijak, pelanggan akan dapat mengurangkan perbelanjaan elektrik. Selain itu, skim ini juga membantu penggunaan tenaga secara lebih cekap dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Pertukaran ke skim ToU melalui aplikasi myTNB boleh dilakukan dalam beberapa langkah yang mudah dan praktikal:
Buka aplikasi myTNB dan log masuk
Pastikan aplikasi myTNB telah dimuat turun dan dikemas kini ke versi terbaru.
Log masuk menggunakan akaun TNB yang berdaftar.
Hanya akaun yang berdaftar sahaja layak menggunakan ciri pertukaran skim ToU. Langkah ini penting untuk memastikan identiti anda dan maklumat akaun elektrik anda selamat dan tepat sebelum sebarang perubahan dibuat.
Klik ikon “Time-of-Use”
Di dalam aplikasi, cari ikon atau menu bertanda Time-of-Use. Ikon ini merupakan pintu masuk untuk memulakan proses pertukaran tarif.
Pastikan anda memilih ikon yang betul agar permohonan diarahkan kepada akaun elektrik yang tepat.
Pilih akaun TNB yang ingin ditukar
Pilih akaun yang ingin ditukar kepada skim ToU. Terutamanya jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun. Memastikan akaun yang betul dipilih adalah penting untuk mengelakkan pertukaran yang tidak disengajakan pada akaun lain.
Selepas memilih akaun, anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk memulakan proses pertukaran.
Klik “Mula” dan semak butiran
Pada halaman seterusnya, klik “Mula” untuk memulakan proses pertukaran. Sistem akan memaparkan ringkasan maklumat akaun dan skim ToU. Ianya termasuk kategori waktu dan kadar elektrik bagi setiap tempoh.
Semak semua butiran dengan teliti sebelum menekan “Hantar” bagi memastikan tiada kesilapan dalam permohonan.
Hantar permohonan dan semak status
Selepas menekan “Hantar”, permohonan pertukaran anda akan direkodkan. Status permohonan boleh disemak pada butang “Semak Status” dalam aplikasi.
Bagi pelanggan yang belum mempunyai meter pintar atau meter belum diaktifkan, keseluruhan proses termasuk pemasangan dan pengaktifan meter boleh mengambil masa sehingga dua bulan.
Untuk memanfaatkan skim ToU dengan sepenuhnya, pelanggan disarankan menyesuaikan penggunaan elektrik pada waktu kadar rendah. Aplikasi myTNB juga menyediakan ciri analisis penggunaan elektrik.
Ia membolehkan anda memantau penggunaan harian dan mengubah tabiat penggunaan elektrik bagi menjimatkan kos. Dengan pertukaran ke skim ToU, anda bukan sahaja dapat mengurus tenaga elektrik dengan lebih bijak malah dapat mengurangkan bil bulanan secara signifikan.
Kesimpulannya, pertukaran ke Skim Time-of-Use (ToU) melalui aplikasi myTNB menawarkan penyelesaian yang pantas, selamat dan mudah bagi semua pelanggan.
Dengan hanya beberapa langkah ringkas, anda boleh menukar kontrak tarif elektrik sedia ada. Selain itu, anda juga dapat memanfaatkan kadar elektrik yang lebih rendah dan memantau penggunaan tenaga dengan lebih efisien.
Inisiatif ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga membantu pengguna membentuk tabiat penggunaan elektrik yang lebih bijak. Ianya sekali gus dapat menyumbang kepada kelestarian tenaga secara menyeluruh.
Sumber : FB TNB Careline
BACA : Rare Tapi Berkesan: Cara Halau Semut Tanpa Racun di Rumah